Assalamualaikum

Bila dengar saja tajuk filem "Killers" kali pertama, mati2 aku ingatkan filem ni bergenre penyiasatan homisid atau kisah gaduh2 kongsi gelap. Tapi yang sebenarnya, cerita ni memang sempoi. Kelakar dowh!

Dah habis tonton filem Killers, barulah nanti korang faham kenapa tajuknya "Killers". Yup, ceritanya taklah terlalu ganas dan tidaklah seram macam tajuknya. Cerita Killers lebih kurang macam cerita Mr & Mrs Smith. Tapi cerita Killers lebih kepada lawak sikit.


Sinopsis

Filem Killers mengisahkan seorang heroin yang sempoi bercuti bersama keluarganya di Nice, France. Di sana, dia bertemu dengan seorang hero yang sebenarnya merupakan Ejen Pembunuh.


Mereka jatuh cinta dan kemudiannya berkahwin. Si Hero cuba untuk memulakan hidup baru dan berhenti bertugas sebagai Ejen Pembunuh. Suatu hari, si Hero menerima sepucuk surat daripada bos lamanya dan dia tahu ini adalah permulaan untuk sebuah kisah ...

Jeng, jeng, jeng !!!


XOXO

Berdasarkan pendapat aku, hampir semua filem dari Barat ada babak seks. Filem Killers pun tidak terkecuali. Tetapi dalam cerita Killers, adegan seks tidaklah terlalu melampau sampai ghairah berbogel lalu XXX! Hanya setakat XOXO (Hug & Kisses).

Pada aku kalau yang beragama Islam, tak eloklah lihat babak2 macam ni. Walaupun hanya menonton babak XOXO sahaja. Kalau teringin sangat nak tonton filem ni, cubalah skip babak2 sebegini.

Tak takutkah? Tengah duk khayal layan, tiba2 GRRUUAAAAHHH!!! Tanah runtuh!! Tercampak terus ke Neraka dengan Popcorn sekali!


Aksi + Kelakar!

Lawak filem Killers sempoi! Mesti korang akan ketawa. Paling kurang pun senyum kambing. Tengok gelagat si heroin saja dah buat aku tersengih. Kelakar ke? Hah! Nanti korang tengoklah.

Aksi bunuh2 dalam cerita Killers agak brutal, tapi tiba2 ada lawak bodoh. Maka, memang aku rasa macam diperbodohkan je. Betul tau! Masa tengah sibuk selamatkan diri pun boleh buat lawak.


Akhirnya ...

Bila aku fikir baliklah, sebenarnya jalan cerita Killers simple je. Sebaik saja aku tengok "peristiwa" yang berlaku masa awal2 cerita, aku dah boleh agak ni bukan macam cerita Doraemon atau Drama Adamaya. Ini adalah cerita Killers. Pastinya cerita Killers tak sama macam cerita Doraemon dan Adamaya.

Bila aku dah habis tonton cerita Killers, mulalah aku bermonolog sendirian "Errk, citer Killers habis camni je? ..". Kenapa aku cakap macam tuh? Bwahaha, korang tontonlah filem Killers untuk tahu jawapannya.

Nak tahu lebih lanjut mengenai cerita Killers? Mari ke sini - Website Killers

Famous Last Words
"While I thought that I was learning how to live, I have been learning how to die"