Suatu kisah yang mengillustrasi tentang kehidupan seorang pemuda bernama Muhammad Izzat, yang masih tercari - cari akan erti kewujudannya di sebalik rahsia alam yang terbentang luas. InshaAllah, moga kita berjaya di dunia dan akhirat kelak.

Sekiranya anda berstatus "Starfleet Captain", sila tinggalkan link (Url blog anda) di Orbital Station (Flight Deck). Kelak, mungkin saya akan "follow" anda =)

STARFLEET CAPTAIN

Showing posts with label Minda Psikik. Show all posts
Showing posts with label Minda Psikik. Show all posts

Top 5 Superpowers!

 
Aku seorang yang suka berimaginasi. Aku selalu berangan - angan mempunyai kuasa/ kebolehan luar biasa yang boleh membuatkan aku tampak bergaya. Ya, bila aku sudah dilabel status bergaya, maka ramailah yang akan mengambil gambar aku untuk dijadikan role model/ inspirasi mereka setiap pagi.

Aku pasti, tentu korang juga pernah membayangkan diri mempunyai kuasa/ kebolehan luar biasa kan? Mari habiskan masa anda mengetahui kuasa/ kebolehan luar biasa yang aku tergila - gilakan.

5) Superhuman Speed

Boleh bergerak dengan pantas melebihi tahap manusia normal!
Contoh: Flash & Sonic Hedgehog


Masa aku kecik dahulu kala, aku pernah belajar di SRK Taman Tun Dr Ismail. Pernah suatu ketika, perut aku berkeroncong. Aku mengerti. Lalu aku segera berlari - lari anak mencari tandas. Tapi aduhai, aku terpaksa melangkah dengan perlahan - lahan, tak mau tercirit. Malangnya sebaik sahaja berada dalam tandas, aku ..... terberak dalam seluar. Sadis! Peristiwa ni menghantui hidup aku~

Kalau aku ada kuasa "Super speed", tentu hidup aku lebih ceria. Nak bergerak ke mana2, memang mudah. Kadang2 tandas awam penuh. Dengan adanya "Super speed", aku tak perlu lagi terseksa menahan diri dari tercirit dan dihantui  memori yang tidak diingini. Malah, senang sahaja aku merampas aiskrim dari budak kecil atau "PAPP" (Tepuk)  mana - mana punggung gadis. Puhahaha! Takut tak?
4) Mind Control

Mampu untuk membaca dan mengawal pemikiran seseorang melalui minda!
Contoh: Professor X & Universo


Pasti menyeronokkan kalau kita tahu apa orang lain fikirkan. Bila aku duk menjawab soalan  peperiksaan yang susah, boleh baca fikiran budak2 pandai untuk dapatkan jawapan. Bila BF/ GF merajuk, mudah saja pujuk mereka dengan menggunakan kuasa minda.

Haa~ aku juga boleh mengetahui kisah kehidupan dan rahsia orang lain. Kalau mereka jahat, aku boleh kawal pemikiran mereka! Muahaha!


3) Accelerated healing

Berkebolehan untuk merawat sebarang kecederaan/ penyakit!
Contoh: Wolverine dan Claire Bennet



Dalam citer X Men, Wolverine yang sudah arwah ditembak di kepala mampu bangkit semula. Memang hebat sungguh kalau aku ada superpower cam Wolverine! Macam2 penyakit/ kecederaan boleh sembuh dalam masa yang agak singkat. Malah parut pun boleh hilang. Tapi aku musykil, apakah perempuan masih memerlukan Kotex/ Pampes Pet - pet walaupun mereka sudah ada superpower ni? Hmm~



2) Telekinesis

Memanipulasi dan mengawal sebarang objek dengan hanya menggunakan minda!
Contoh: Jean Grey dan Sylar


Superpower ni sangat cool! Korang boleh control macam2 tau. Ni semua sebab terpengaruh dengan kuasa Jedi Anakin Skywalker dalam filem Star Wars, Magneto X Men, citer Push, Matrix dan lain2. Kadang2 aku surf internet, cari info pasal telekinesis. Siap sampai tengok kat Youtube sebab gila nak belajar Telekinetic!

Psst: Aku pernah berlatih dalam tandas, cuba2 gerakkan air dengan imaginasi. Lama. Tapi takder apapun berlaku. Bila aku teringat balik pasal ni, mulalah aku nak sebut suatu perkataan yang sangat famous = "Bodoh gilaa! Hahaha!"~


1) Time Manipulation

Berkebolehan mengawal masa: Mem + perlahankan/ cepatkan/ berhentikan dan mengembara ke masa silam atau masa hadapan!
Contoh: Hiro Nakamura, Zoom dan Butterfly Effect


Aku pernah tengok citer Heroes, ada seorang mamat blur bernama Hiro. Lihat saja muka dia, aku rasa nak tumbuk perutnya yang buncit. Kalau korang pukul dia, mesti dia menangis cam perempuan. Tapi jangan main2, dia ada superpower yang hebat nak mampus! Dia boleh kembara ke masa silam tau! Wargghh~

Susah nak jelaskan. Tapi aku rasa nilah superpower yang paling hebat! Boleh kembara ke masa depan untuk lihat apa2 yang tak best dan kembara ke masa silam kalau nak ubah2 mana peristiwa yang tak diigini. 


Famous Last Words
"Pernah mencuba sesuatu dan gagal akhirnya? Pengajarannya jangan mencuba, buatlah bersungguh - sungguh"

Because He is a Muslim

SubhanAllah!

Terjumpa sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama. Hasil karya Nayzak di DeviantArt.com :D




*********************************************

Mari cuba lihat gambar ini selama 10 saat. Pastu, pandang ke dinding lama2 sikit. Nanti korang akan ternampak suatu bayangan kalimah Allah. Kalau tak nampak, cuba lagi ya. Ajaib sungguh!

Famous Last Words
"You will never walk alone"


Teletubbies?

Assalamualaikum

Kenalkah anda geng2 Teletubbies?

Teletubbies berkebolehan untuk melihat anda menerusi "Mobile TV" yang terdapat di perut boncit mereka. Jangan terkejut, mereka berkawan rapat dengan sebuah Matahari yang berwajah bayi.

Antara manusia yang terpengaruh dengan Teletubbies!

Sehingga kini, aku hanya mengenal pasti jantina mereka melalui suara. Pastinya, belum tentu dapat memberikan jawapan sebenar. Anehnya gaya rambut mereka. Nanti dulu! Apakah "benda" yang terpacak di atas kepala mereka? Adakah rambut atau Antenna untuk "Mobile TV"?

***************************************************

Imbas Kembali

Teletubbies mula menghantui hidup aku sejak di zaman sekolah lagi. Sebaik saja aku melihat Teletubbies menari -nari keriangan di padang rumput. Langsung channel TV ditukar ke Berita RTM atau Filem Hindustan.

Lebih2 lagi, kalau terlihat Teletubbies berlari - lari anak dan kemudiannya mencuit - cuit sesama mereka. Sungguh menyakitkan hati. Mahu saja aku tumbuk perut mereka 10 kali sambil diselang - seli dengan kata2 "You got served!".

Mari lihat aksi - aksi geng Teletubbies yang sungguh mengedikkan.




Adakah Teletubbies sedang mengawan?

***************************************************

Best Mengenai Teletubbies

Teletubbies sebenarnya disiarkan khas untuk kanak2. Bertujuan untuk mendidik sambil menghibur. Tersembur - sembur air liur aku bila menonton rancangan Teletubbies. Apa kejadahnya?

- Disiplin dan Integriti

Mengajar kita supaya berhati - hati di jalan raya. Berdisiplin. Kiri, kanan, kiri, kanan dan berjalan lenggang. Sopan saja gaya berjalan di lintasan Zebra. Ya, aku suka. Lihat kombinasi warna kostum mereka yang menjadi ikon lampu trafik. Unik!

Kecuali si Teletubbies yang berwarna unggu. Tak terlibat dengan warna sistem lampu jalanraya. Dialah sasaran pertama yang akan aku sodok - sodok dengan basikal dan kemudian melarikan diri. Mengapa basikal bukan lori? Basikal tiada nombor kenderaan dan murah juga untuk dikorbankan.

***************************************************

- Memperbaharui teknik tarian dan nyanyian

Kalau anda perasan, Teletubbies suka menyanyi walaupun suara agak sumbang. Mereka juga suka menari. Hebat! Tangan dan kaki saja yang bergerak, perut boncit dan kepala langsung kaku. Seolah - olah sedang berpura - pura berenang di atas jalan.

Aku kira, Teletubbies boleh menjadi jurutari dan guru vokal anda untuk latihan asas. Percuma tanpa perlu bayaran. Memandangkan kini sudah banyak program realiti diadakan untuk mencari bakat menyanyi, segeralah berlatih menari dan menyanyi bersama Teletubbies!

***************************************************

- Nilai kasih sayang, persahabatan dan sosial

Walaupun mahu saja aku melempang - lempang mereka, namun aku sebenarnya akui Teletubbies mendidik kita tentang erti persahabatan dan kasih sayang. Kenapa, tak percaya? Tonton Teletubbies untuk mengetahuinya!

***************************************************


- Berfikiran kreatif dalam bidang HiTech (High Technology)

Celah - celah rimbunan daun/ bunga, tiba - tiba boleh keluar telefon. Hebat gilalah! Boleh jadi gila aku tonton cerita teletubbies. Aku pun tak terfikir idea sebegitu tau!

***************************************************

Mari lihat pula Teletubbies yang telah diEdit =)


Wallpaper Vista pun ada gak?
(-_-)"


TETAPI MENGAPA ...

Tiba - tiba, aku rasa sedih bila lihat gambar ni ...

Surah Al - Baqarah, ayat 216:
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"


Famous Last Words
"Terlalu asyik baca blog orang lain. Dah sembahyang ke?"

Permainan Minda

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Setiap manusia dikurniakan dengan kebolehan yang tersendiri. Tanpa disedari, mungkin ada "sesuatu yang luar biasa" tentang diri korang yang belum diketahui lagi.
  • Adakah korang rasa minda korang cam "hehehehebat" ???
  • Takpun, ada tak korang rasa minda korang ni cepat "pick up" ???
  • Mungkin ada masanya korang rasa minda korang ni "lain dari yang lain" ???
Tak kisah laa apa pun jawapannya, jom kita sama2 layan "mind game" ni ye ...




My Famous Last Words
"Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak pikat kawan mereka yang paling cantik"