Suatu kisah yang mengillustrasi tentang kehidupan seorang pemuda bernama Muhammad Izzat, yang masih tercari - cari akan erti kewujudannya di sebalik rahsia alam yang terbentang luas. InshaAllah, moga kita berjaya di dunia dan akhirat kelak.

Sekiranya anda berstatus "Starfleet Captain", sila tinggalkan link (Url blog anda) di Orbital Station (Flight Deck). Kelak, mungkin saya akan "follow" anda =)

STARFLEET CAPTAIN

Aku Pernah Membunuh ...

سبحان الله Maha Suci Allah

Malam ini, ku terasa berdosa. Mengenangkan dosa membunuh pada waktu dahulu kala. Ya, aku pernah membunuh "binatang liar/ buas" dengan gaya yang kejam. Kini ku menangis sendirian. Aku yang hadir mengganggu. Tidak sepatutnya "binatang" tersebut dibunuh sebegitu sadis.


***************************************************
Kisah 18 SG dan 18 PL!
Binatang "liar/ buas": Jibauk (Makhluk/ Binatang Jahat)

Beberapa tahun yang lalu ...

Aku terpengaruh dengan pengalaman rakan sekolahku, Hanif. Kisahnya yang bertempur dengan Jibauk. Ditambah pula dengan cerita Syukri yang menambah ghairah membunuh di jiwa. Selepas mendapat sedikit tunjuk ajar dari mereka, aku bersama dengan seorang rakan, Nazerul cuba untuk melakukan perkara yang sama.

Malangnya, kami terpisah kerana memilih haluan yang berbeza. Pada mulanya seperti mahu menangis saja. Namun, semangatku kian membara pabila terlihat sekumpulan Jibauk. Tersenyum - senyum si Jibauk, entah apa - apa. Tanpa berlengah lagi, sepantas kilat terus ku berlari menerjah. Kalah terjah Nas Ahmad Melodi TV3!


Dengan menggunakan kayu sebagai senjata, aku sebat - sebat kepala seekor Jibauk. Menggelupur juga si Jibauk. Mulanya rakan2 si Jibauk yang lain mahu membantu, namun mereka tahu peluang untuk menang adalah tipis. Si Jibauk dibeduk sehingga mati. Senyuman masih terukir walaupun dah mati. Tapi aku masih tidak puas hati ...

Aku memandang Jibauk2 yang lain dengan senyuman seorang perogol berepisod. Mereka pun senyum juga. Ku tunjukkan reaksi muka yang bengis. Mereka tunjuk jari tengah pula. Aku tunjuk parang panjang! Bertempiaran lari Jibauk - jibauk tadi!


Hanya dengan sekali libas, Jibauk pertama berhenti berlari dengan kepalanya beterbangan di udara. Sadis! Jibauk kedua jadi emosional, marah pabila saudaranya dibunuh! Lalu cuba menyerang aku.

Belum sempat dia melompat, aku menarik rambutnya. Tercabut pula! Celaka, rambut palsu rupanya. Tak guna! Terus ku mengamuk. Lalu ku parang Jibauk tadi sehingga berkecai badannya.

Jibauk ketiga masih lagi kecil dan ketakutan. Comel. Perlahan - lahan aku menghampirinya dengan muka bengis. Dia memandang tepat mataku, meminta simpati. Ku bisikkan kepadanya, "You got served!", langsung dia mati diserang sakit jantung kerna terlalu kehairanan dan ketakutan. Apakah?!

***************************************************

Tak, jangan percaya. Cerita ini telah diedit sedikit. Hakikatnya, permainan online seperti Lineage II mengandungi unsur 18 SG dan 18 PL. Sangat ganas.

Apa tidaknya? Kejar jibauk - jibauk, pastu beduk - beduk mereka sampai mati. Dalam game, kalau jibauk mati keluar emas atau barang2. Lagi lah menggalakkan orang ramai untuk membunuh.

Game Lineage II

Kejam. Jibauk dibunuh dengan pelbagai cara. Antaranya seperti kena ditumbuk perut, dikapak lagi, ditikam dengan pisau atau pedang, diterajang sehingga terkangkang dan macam2 lagilah. Kasihan Jibauk. Adakah disebabkan mereka berwajah buruk lalu dibunuh?


Inilah Jibauk

Awalnya, aku bermain game Lineage II sekadar untuk hiburan. Menyepak Jibauk sampai nangis lalu membakar mereka dengan magis api sambil diiringi jeritan kepuasan membunuh. Nikmat! Maafkan aku, Jibauk ...

Sebenarnya, jauh di sudut hati, ku bersedih. Yalah, seolah - olah dah takder aktiviti berfaedah lain mahu buat. Apa kejadahnya main game Lineage II ni? Pukul Jibauk2 pastu kutip emas/ barang. Kemudian, ketawa terbahak - bahak kejar Jibauk lain dengan lighter nak bakar mereka. S***! *&@^%#!~ Nasib baik bila ketawa tak keluar kahak!

Bagi menjadikan penulisan ini berilmiah, ku selitkan petikan sebuah hadis,

Dari Ibnu Abbas R.A katanya:
"Rasulullah SAW melarang perbuatan melagakan binatang"
Hurainnya penuh bermakna, boleh dibaca di sini: eHadith

***************************************************
Realiti sebenar

Aku benci game Lineage II ni! Nak tahu mengapa? Dulu aku rajin pergi CC (Cyber Cafe) dengan adikku semata -mata mahu bermain game Lineage II. Tiba2 masa nak bayar, tak cukup duit pula. Adikku rileks saja duk main game Lineage II. Ghairah melibas - libas Jibauk. Aku pula yang terpaksa bekorban pulang ke rumah, mengambil duit dalam tabung bagi melangsaikan bayaran tersebut.

Sudahlah malu, penat pula berulang alik ke rumah. Jauh tau! Tak guna punya game Lineage II. Fasal game ni lah, aku merana! Ya, aku sangat bencikan game Lineage II! Benci gila sampai boleh jadi gila dibuatnya! *&^%$#@!~ game Lineage II! I hate you! I hate you Lineage II! Arghhhhh!!! Happy Mother's Day ...

p/s: Mohon maaf jika penulisanku menguris hati. Aku hanya manusia biasa ...

Famous Last Words
"Masa berputar dengan perlahan bagi sesiapa yang menggunakannya"

Falsafah Si Green Goblin Buat Ku Berfikir

Assalamualaikum

Pernah tengok filem Spiderman? Err, aku bukannya nak beri komen pasal filem Spiderman tau. Sebenarnya kata - kata si Green Goblin, musuh kepada Spiderman yang buat aku terfikir. Apakah kata2 tersebut? Yang buat sampai aku menulis mengenainya?


Dia cakap:
"Kentot anda busuk gila! Perghh, berpuaka baunya! Woot, woot! Kikiki ... !"


Tak. Dia tak cakap macam tadi. Kalau anda percaya jugak, tak tahulah aku nak kata apa lagi. Sebenarnya, si Green Goblin berkata ...

"We are who we choose to be ... now choose!"

Tampak ringkas, tapi mesejnya penuh bermakna. Masa ni, si Green Goblin tengah bergasak dengan Spiderman. Lalu, dihasutnya Spiderman untuk menyertai dia. Namun, tak berjaya. Mana2 plot cerita superhero, memang sama. Hero tetap menang diakhirnya!

Tapi aku bukan nak cerita pasal plot Spiderman. Minda aku asyik berfikir pasal kata2 si Green Goblin ni. Tak guna betul. Tapi tak mengapa, bukankah berfikir itu amalan yang sangat bagus?

Dari Nabi S.A.W, sabdanya:
"Fikirkanlah mengenai segala apa jua (yang diciptakan Allah), tetapi janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah ..."
Memang dalam hidup ni kita sentiasa ada diberikan pilihan. Persoalannya, adakah kita membuat pilihan yang terbaik? Apa yang dimaksudkan dengan pilihan yang terbaik?



Inferens aku: Pilihan terbaik adalah pilihan yang sesuai dengan diri, keadaan sekililing dan pada masanya tidak mengabaikan mana2 perkara yang boleh memudaratkan diri atau menyebabkan dosa. Sama ada dosa kecil/ ringan atau besar/ berat.

Sedikit perkongsian hadis mengenai pilihan terbaik ya. =)

Riwayat al - Bukhari dan Muslim. Daripada Aisyah R.A. katanya:
"Rasulullah SAW tidak pernah memilih antara dua perkara melainkan baginda akan memilih yang paling mudah antara keduanya selagi perkara itu tidak mendatangkan dosa.

Jika mendatangkan dosa, baginda adalah orang yang pertama menjauhinya. Rasulullah SAW juga tidak pernah menuntut sesuatu perkara untuk kepentingan dirinya melainkan dilakukan untuk kesucian agama Allah, maka pembelaan yang dilakukan olehnya adalah semata-mata kerana Allah Taala.”

Huraian:
  1. Islam itu adalah agama Allah. Oleh itu, kesuciannya hendaklah sentiasa dipelihara dan dimuliakan
  2. Segala perkara yang dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah S.W.T. Oleh itu umat Islam janganlah terburu-buru dalam bertindak apalagi terhadap sesuatu yang remeh - temeh.
  3. Islam memberi kelonggaran kepada umatnya melakukan perkara yang mudah dan senang selagi ia tidak mendatangkan dosa. Sekiranya mendatangkan dosa hendaklah dijauhi dengan apa cara sekalipun.

Maka, korang fikir2 kan lah. Solat Istikharah untuk mendapatkan pilihan yang lebih baik melalui pertolongan dari Allah SWT ya =)

Famous Last Words
"We are shaped by our thoughts; we become what we think. When the mind is pure, joy follows like a shadow that never leaves"

UniKL, Adakah Pilihan Yang Tepat?

Salam Sejahtera
Suatu ketika dahulu, ibubapaku berkata "Izzat, pergilah apply masuk Universiti! Sampai bila nak duduk terperap dalam bilik? Pemalas! Menyusahkan orang tua je!". Lebih kurang begitu, mesej yang disampaikan. Sungguh. Terasa jiwa bagai kena sondol - sondol dengan lembu ketika itu.

Sebenarnya dalam diam dan tanpa diketahui umum, aku sudah pun menghantar permohonon untuk kemasukan ke Universiti. Hampir semua dilakukan secara online. Maklumlah zaman sudah serba moden. Tidak lama kemudian, ada beberapa maklum balas diterima. =)

1) Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
- Bach of Computer System Security (Hons): 4 tahun (>_<)"

2) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
- Bach of Information System (Hons): 3 tahun

3) Multimedia University (MMU)
- Bach of Security Technology (Hons): 3 tahun

4) Management & Science University (MSU)
- Bach of Computer Forensics (Hons): 3 tahun

5) Universiti Industri Selangor (UNiSEL)
- Bach of Bioinformatics (Hons): 3 tahun

6) Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)
- Bach of Network Technology (Hons): 3 tahun

Dan ada lagi yang lain, malas nak senaraikan. See? Banyak tau aku apply. Ramai orang ingat aku duk terperuk dalam bilik macam kucing bawah kereta. Aku boleh melawat ke seluruh dunia dengan hanya menggunakan berukband dan P1 Wimax tau. =D

Selepas perbincangan dengan keluarga dan rakan2, akhirnya aku bersetuju untuk menyambung pengajian ijazah pertama di UniKL.

Universiti Kuala Lumpur
(UniKL)

Program Pengajian:
Bach of Computer System Security.

Institusi (Fakulti/ Cawangan):
Malaysian Institute of Information Technology, MIIT UniKL.

Jumlah Keseluruhan Yuran Pengajian:
+- RM 50, 000.00! (Anggaran)

Tempoh Pengajian:
4 Tahun!


Adakah UniKL pilihan yang tepat buatku?
Allah Lebih Maha Mengetahui

Famous Last Words
"Positive people learn how to handle life's challenges differently and use these opportunities to grow. So can you!"

Universiti Industri Selangor (UNiSEL)

SALAM SEJAHTERA



UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
(UNiSEL)

OLEH: MUHAMMAD IZZAT BiN ABDUL RAZAK

***************************************************


***************************************************
Muhammad Izzat, menulis artikel ini sebagai panduan untuk lepasan pelajar SPM, STPM, Program Asasi, Matrikulasi, Diploma dan setaraf yang ingin melanjutkan pengajian di Universiti Industri Selangor (UNiSEL), agar memperoleh gambaran dan pemahaman yang lebih jelas mengenai institusi pengajian tersebut.

Peringatan: Artikel ini ditulis berdasarkan pengetahuan dan pengalaman oleh penulis yang pernah mengikuti pengajian Program Asasi di Kampus Bestari Jaya, Universiti Industri Selangor pada tahun 2008 sehingga tahun 2009. Maka, penulisan artikel ini lebih tertumpu mengenai Kampus Bestari Jaya. Kelak, mungkin mengenai Kampus Shah Alam pula.

InsyaAllah, artikel ini akan diperbaharui mengikut perkembangan terkini Universiti Industri Selangor. Walaupun penulis kini merupakan mahasiswa Universiti Kuala Lumpur (UniKL), artikel ini berasaskan penulisan yang neutral dan tiada istilah mendiskriminasi mana – mana pihak.

*Gambar bukan hak milik saya. Hanya diculik dari laman internet. Apapun, tiada wang tebusan diminta, maka tidak usah menyaman saya ya ;P Sekiranya pemilik gambar tidak berpuas hati dan mahu gambar hak milik didelete, dirangkaikan, kredit atau apa jua tindakan logik: msg saya di Digital_Izzat@yahoo.com melalui Yahoo Mail atau Facebook ya =)

***************************************************

UNiSEL

i
Can Make A Difference

“Sesungguhnya sesuatu amal itu (bermula) dengan niat. Sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana mendapat keredaan Allah dan Rasul-Nya, maka dia akan mendapat Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita yang ingin dikahwininya, maka dia akan mendapat apa diniatkan itu.


Niat = Matlamat atau Objektif dalam hidup kita =)
***************************************************
PENGENALAN

Apakah kisah geng kolej paling popular di Malaysia? Pernah menonton rancangan Dunia Baru di TV3? Lakonan Piere Andre, Elyana, Baizura, Ngasriah, Anita dan ramai lagi berlakon dalam filem tersebut! Tapi di universiti mana ya ? Owh, rupanya pengambaran dibuat di Unisel!

Nanti dulu! Apakah Unisel? Unisewel kah?

Universiti Industri Selangor (UNiSEL) merupakan universiti swasta pertama dibiayai oleh kerajaan negeri (Selangor) yang ditubuhkan pada 23 Ogos 1999. Unisel mempunyai misi untuk memenuhi kekosongan yang diperlukan dalam bidang industri dan bermatlamat untuk menjadi sebuah universiti pembelajaran industri yang terkemuka.

Sehingga kini, Unisel mempunyai lebih 12 000 pelajar merangkumi warga tempatan dan antarabangsa. Anda akan dapat meneroka kepelbagaian latar belakang budaya dan sosial di Unisel dengan menyertai program dan aktiviti yang dianjurkan.


***************************************************
GEOGRAFI

Pada mulanya, Unisel beroperasi di Shah Alam sementara menunggu pembinaan kampus utama di Batang Berjuntai (Kini Bestari Jaya) yang akhirnya berjaya disiapkan pada tahun 2005. Pada masa ini, Unisel mempunyai 2 kampus yang terletak di Bestari Jaya dan Shah Alam. Perjalanan hanya lebih kurang 90 minit sekiranya dari KLIA.

Kampus Utama: Kampus Bestari Jaya lebih dikenali sebagai Kampus BB (Batang Berjuntai). Terletak di tengah – tengah hutan kelapa sawit dan kebetulan berdekatan dengan Kampung Kuantan, yang terkenal dengan habitat kunang api (firefly). Kampus ini menempatkan fakulti yang berikut:

1) Fakulti Kejuruteraan
2) Fakulti Industri Teknologi Maklumat
3) Fakulti Bisnes
4) Fakulti Pendidikan & Pengajian Bahasa
5) Fakulti Sains Sosial & Pengajian Industri
6) Fakulti Bioteknologi & Sains Hayat
7) Fakulti Sains & Teknologi Alam


Hampir semua fakulti berhampiran dengan hostel dan kafe utama, kecuali Fakulti Kejuruteraan yang terletak agak jauh dari kediaman pelajar. Untuk pengetahuan anda, Fakulti Kejuruteraan merupakan fakulti yang paling besar di Unisel.

Anda tentu sukar percaya, perjalanan ke fakulti 2 – 7 hanya perlukan beberapa minit sahaja. Malah, terdapat kafe di fakulti tertentu dan setiap satunya mempunyai keunikan yang tersendiri.

Selain itu, kemudahan asas seperti kedai serbaneka, kedai alat tulis, klinik, surau, kedai dobi dan lain – lain turut disediakan. Tandas awam juga disediakan dan sangat efektif bagi mengelakkan pelajar menangis tercirit dalam seluar sebelum sampai ke tandas di hostel.


Bangunan yang mungkin paling menarik perhatian anda adalah Masjid Unisel yang berhampiran dengan sebuah tasik. Benar, pemandangannya sungguh indah pada waktu subuh, senja dan malam.

Tasik ini juga merupakan tempat yang popular untuk berdating bagi kalangan pelajar Unisel. Berhampiran Masjid Unisel adalah sebuah bangunan Canselori, Dewan Utama, Pusat Pelajar dan Perpustakaan yang berbentuk seakan bulat. Unik!

***************************************************
AKTIVITI REKREASI


Di kala pada waktu petang, pastinya bosan jika tidak diisi aktiviti yang sesuai. Jadi, apa kata kita pergi bersukan? Pasti menyeronokkan. Di hadapan kawasan hostel lelaki, terdapat beberapa gelanggang yang lazimya dijadikan medan Futsal, badminton dan sepak takraw.


Terdapat juga beberapa gelanggang disediakan di dalam kawasan hostel perempuan. Hal ini tentunya memudahkan mereka untuk bersukan dengan brutal tanpa malu – malu dipandang lelaki. Sekonyong – konyong, mereka pasti berlari anak – anak pabila terasa lelaki kacak memandang ke arah mereka.

Bukan setakat di kawasan hostel sahaja, aktiviti rekreasi boleh dilakukan di padang Unisel. Hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk ke padang Unisel yang bertentangan dengan Masjid Unisel. Di sini, permainan bola sepak dan ragbi lazimnya terkenal selain aktiviti berjogging di padang trek larian.


Ada dewan mini yang menempatkan beberapa gelanggan badminton versi indoor. Di sini juga terdapat Gim untuk membina badan yang ketul – ketul. Di luar pula, terdapat beberapa gelanggan sukan untuk tenis dan bola jaring.

Sekiranya anda rindu untuk bermain gelongsor dan bergayut, jangan risau, di sini juga terdapat padang permainan. Ada buaian, ada jongkang jongket yang pastinya mengembiraknan ada. Majoriti pemainnya adalah kanak – kanak. Maka saingan untuk berebut bermain permainan tertentu pastinya tidak sukar.

Anda peminat bola sepak? Ramai pelajar Unisel gemar bermain bola sepak, sehinggakan tidak ada lagi padang untuk dijadikan tempat bermain. Oleh sebab itu, jalan raya selalunya dijadikan tempat bermain bola sepak. Baju akan dibuka untuk mengelakkan dari basah dek peluh. Terserlah bulu di dada, bikin orang muntah – muntah.

Kadang kala, sukar untuk membezakan mereka. Apakah monyet yang sedang berlari atau memang manusia yang berlari? Misteri.


***************************************************
KEDIAMAN PELAJAR/ HOSTEL

Yuran penginapan satu semester: RM 800.00
Peraturan di Hostel: Klik Di Sini

Kelengkapan asas yand disediakan:
  1. Katil dan tilam, jenis single (Tiada bantal dan cadar)
  2. Set meja makan
  3. Meja dan kerusi belajar setiap seorang
  4. Almari pakaian setiap seorang
  5. 2 kerusi panjang


Seperti yang dimaklumkan, hostel pelajar berdekatan dengan fakulti, surau, tandas dan kafe. Unisel tidak diwajibkan oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 yang mewajibkan untuk menyediakan tempat penginapan kepada semua pelajarnya.


Kebiasaanya, pelajar baru diwajibkan untuk tinggal di hostel selama satu semester. Penempatan untuk semester berikut pula tertakluk kepada kekosongan dan mengambil kira kategori permohonan dan sistem merit.

Jika anda seorang yang malas, tidak bersosial tapi suka bersial - sial dan tidak terlibat dalam apa jua aktiviti dan persatuan. Peluang anda untuk mendapat tempat di hostel Unisel adalah tipis sekiranya ramai pelajar yang mendaftar masuk. Maka, ucapkanlah selamat tinggal kepada hostel.

Hostel Unisel dibahagikan kepada beberapa kumpulan, yang lazimnya disebut Kluster. Di setiap Kluster, terdapat 5 atau 6 blok bangunan kediaman. Jika dilihat dari segi Elevation (Pandangan atas), Kluster berbentuk seakan bulat. Warna blok pula adalah kuning.

Kluster A: Kolej Munsyi Abdullah
Kluster B: Kolej Aminuddin Baki
Kluster C: Kolej Zaaba
Kluster D: Kolej Hamka
Kluster E: Kolej Pak Sako
Kluster F: Kolej Burhanudin Helmi
Kluster G: Kolej Usman Awang
Kluster H: Kolej Rahim Kajai
Kluster J: Kolej Ibu Zain


Setiap Kluster mempunyai Warden, yang menjaga kebajikan dan menguruskan hal tertentu. Warden biasanya menetap di tingkat bawah, unit 4 yang hanya mempunyai 2 bilik. Tetapi mempunyai ruang tamu yang luas.

Setiap blok mempunyai 4 tingkat. Setiap tingkat mempunyai 4 rumah. Sebuah rumah mempunyai 3 bilik dan setiap satunya mempunyai 2 katil. 6 orang untuk satu rumah.

Kredit: Liyana Lunia, kerna pemandangan hostel yang best.

Namun, kadang kala terdapat 12 orang untuk satu rumah. Ada pelajar yang tidak berjaya dapat tempat di hostel, lalu cuba menumpang di rumah kawan. Lepas itu, mengajak pula rakan mereka yang lain. Lepas itu lagi, rakan kepada rakan mereka, mengajak lagi rakan yang lain sehingga rumah mencapai status reban ayam!

Kemudahan asas yang disediakan adalah 2 tandas, 1 dapur, anjung yang tidak begitu luas, ruang mencuci pakaian dan sidaian serta ruang tamu yang agak selesa. Barangan elektrik perlu didaftar di Jana Niaga pada hari pendaftaran.


Apa yang menarik tentang hostel, terdapat gerai yang dibuka oleh pelajar Unisel selepas pukul 12 malam. Ada juga penjual yang berniaga dari rumah ke rumah lain. Malah terdapat khidmat bisnes lagi. Antara yang dijual seperti makanan, minuman, rokok, Top-up, printing, bisnes MLM dan macam – macam lagi. Tidak rugi anda tinggal di Hostel!


***************************************************

PENGANGKUTAN AWAM


Tiada kompleks membeli belah, tiada panggung wayang dan tiada McD di Unisel. Anda akan menangis mencakar dinding mengenangkan kebosanan yang tinggi rationya. Jadi bagaimana? Keluar dari Unisel? Idea yang mustahil bagi pelajar yang tiada kenderaan.

Jenis Bas: Selangor, Warisan dan Unisel.


Tiba – tiba anda terlihat sebuah bas menuju ke perhentian bas di Unisel. Di saat itu, pelajar Unisel akan berlari – lari mengejar bas. Berebut – rebut untuk mendapatkan tempat duduk. Menjerit terpekik – pekik supaya orang ramai memberikan laluan.

Akhirnya berjaya. Anda mula mengucup buku nota tebal, yang berfungsi untuk menyebat pesaing lain sebagai tanda kesyukuran. Tiba – tiba terlihat seorang perempuan cantik. Terasa mahu kucup juga si dia. Tapi bas tetap menjadi keutamaan!


Terdapat perhentian bas yang popular di hadapan kampus perempuan. Kebiasaanya, destinasi bas yang terakhir adalah di sebuah hentian yang terdapat di KL. Antara laluan yang popular adalah Batang Berjuntai, Ijok, KTM Sungai Buloh, Pudu dan Kuala Lumpur.

Masa ketibaan bas ke Unisel: Tiada masa yang tetap. Selalunya seawal 8 pagi dan berakhir lebih kurang 9 malam. Namun, berbeza – beza mengikut hari.

Untuk ke Unisel pula, terdapat bas tertentu yang kadang kala berhenti di Hentian Batang Berjuntai. Dari sini, anda perlu menunggu bas yang akan ke Unisel. Selalunya lama (Pengalaman saya). Malas menunggu? Perkhidmatan Teksi ada disediakan. Tambang yang dikenakan adalah RM 10.00!

***************************************************


JALAN - JALAN CARI MAKAN


Di Unisel, terdapat pelbagai kedai makan dan kafe yang menyediakan pelbagai juadah makanan. Setiap kedai makan dan kafe mempunyai keunikan citarasa yang berlainan.

1) Kafe PKP

Kafe Utama yang terletak berhampiran hostel pelajar merupakan tempat bersantai yang paling popular. Anda dapat menikmati makanan kegemaran sambil diiringi muzik dan tayangan televisyen. Kadang kala muzik Tamil rancak didendangkan dan ada pelajar yang mengoyangkan punggung mengikut irama. Ya, kerana pengusahanya adalah warga India yang sinonim dengan panggilan Mamak.


Namun usah khuatir, makanan dan minuman yang disediakan adalah halal. Nasi , mee , roti canai dan lauk pauk pelbagai - dari ayam, ikan, kekacang, sayur, kari, daging, telur dan lain - lain. Juga terdapat menu khas untuk pelajar dan staf Unisel yang vegetarian.

Minuman juga pelbagai: Jus buah, mineral, karbonat, susu dan macam - macam lagi.
Harga bergantung kepada jenis lauk makanan dan minuman. Saya merasakan harganya agak murah, sesuai dengan kualitinya. Sedikit pendapat dari sahabat penulis yang pernah merasai makanan di kafe tersebut.

Peringatan,


Nama dirahsiakan, khuatir kelak akan disaman pula. Komen juga diedit sedikit sebanyak sesuai untuk tatapan umum dan penulis juga sudah sedikit lupa, namun masih mengekalkan ciri - ciri mesej yang ingin disampaikan.


Mr A: Komen mengenai kualiti nasi.
"Ni nasi ke batu? Keras gila dowh! Campak kat orang, boleh berdarah kepala." - Dengan reaksi wajah yang kecewa, mujur tidak menangis seperti bayi.


Mr B: Komen mengenai kualiti nasi juga.
"Nasi kaki! Ni mesti pakai kaki masa masak nasi!" - Mujur juga dia tidak menggunakan kaki semasa makan.


Jangan mudah terpengaruh!


Setiap manusia mempunyai citarasa yang berlainan. Sila merasai dahulu makanan di kafe ini! Kemudian, barulah anda boleh memberikan pendapat.

Gerai PKP


Terletak di bersebelahan Kafe PKP. Gerai - gerai kecil ini menjual makanan seperti burger, roti nan, nasi ayam, mee dan masakan bergoreng. Sedikit pendapat dari sahabat penulis yang pernah merasai makanan di kafe tersebut.


Mr C: Bercerita mengenai status dapur dan perihal si tukang masak

Satu hari, Mr C ke salah satu gerai PKP. Setelah memesan makanan, dia duduk di kerusi yang berdekatan dengan dapur gerai tersebut. Memerhatikan tukang masuk yang sibuk memasak. menggunakan sudip. Dapurnya agak kotor. Sisa makanan bersepah.

Terdapat sayur terlekat di atas tong sampah hitam. Si tukang masak geram - geraman melihat "scene" tersebut, lalu dikuis - kuisnya sayur itu dengan hilai tawa yang jahat, ke dalam tong sampah menggunakan sudip tersebut.

Kemudian menoleh ke belakang, takut - takut ada orang melihat aksi sebentar tadi. Terkejut pabila mendapati Mr C berjaya melihat aksi jijik itu. Lalu, si tukang masak berpura - pura menghafal lagu Negaraku untuk cover aksinya!


Jangan mudah terpengaruh!


Setiap manusia mempunyai citarasa yang berlainan. Sila merasai dahulu makanan di gerai ini! Kemudian, barulah anda boleh memberikan pendapat.


2) Kafe Fakulti


Memandangkan hampir semua fakulti berkongsi bangunan, maka boleh dikatakan setiap fakulti mempunyai kafe. Sewaktu penulis masih lagi pelajar baru (Freshie) dan blur seperti anda, ramai kenalan senior penulis mengatakan kafe yang terdapat di Fakulti Bisnes dan Fakulti Industri Teknologi Maklumat menyediakan makanan yang sedap. Kedua - dua fakulti tersebut berkongsi bangunan yang sama.


Namun, saya lebih gemar "mencekik" (makan) di Fakulti FSP (Gelaran fakulti yang paling hampir kedudukannya dengan hostel). Harga makanan agak murah dan mungkin menepati citarasa penulis lah. Ada keropok lekor juga. Nyum2. Nak tahu sedap atau tidak, silalah ke kafe tersebut. =)


3) Kafe dan Kedai Makan di Pusat Pelajar


Kafe di Pusat Pelajar popular bagi kalangan pelajar Unisel yang sedang bercinta untuk lunch dan dinner. Maklumlah di Unisel tiada Hotel 5 Bintang dan McD, kafe di Pusat Pelajar pun jadilah. Lokasinya sangat jauh namun agak strategik, berhampiran dengan tasik. Romantik gitu - gitu.


BAHAYA!

Namun, AWAS! Sekiranya anda menggunakan laluan di belakang bangunan Canselori, waspada dengan serangan makhluk yang agak brutal. Pemangsa ini bijak, menjadikan perempuan sebagai sasarannya. Pemangsa ini juga menyerang secara berkumpulan. Seluar, kain atau skirt anda mungkin terkoyak apabila diserang. Pemangsa tersebut dikenali sebagai ...



Angsa


Sebelum menyerang anda, angsa - angsa ini akan berbunyi "Quek, quek, quek, quek ...!!". AWAS! Kemudian anda akan "disudu - sudu" oleh pemangsa berkumpulan sehingga anda menangis. Disebabkan leher angsa yang panjang dan kecil diameternya, angsa tersebut boleh mengelak tendangan anda dengan mudah ala - ala gaya Matrix gitu. Dapat bayangkan kah? Utamakan keselamatan anda!



Maaf, sudah terkeluar dari topik. Apapun, makanan di sini boleh tahan juga. Di sinilah Mesin ATM berada. Pusat Pelajar sentiasa menerima kunjungan pelajar Unisel dari pagi sehingga malam.

4) Kedai Makan di Taska dan IPIS (Kompleks Sukan)


Popular di waktu malam. Antara makanan yang dikenali ramai ialah Nasi Bujang. Hanya berlaukkan telur dadar dan sambal belacan (kalau tidak silap). Berharga RM 2. Tempat duduk sentiasa penuh dengan pelanggan. Pesanan akan menjadi sangat lama (+- 40 minit, pengalaman saya sendiri) selepas waktu Isyak.


Inilah waktu genting di mana pelajar sedang kebuluran pada sebelah malam.
Yalah, kalau keluar sebelum/ semasa azan Isyak berkumandang nanti kena panggil ke Masjid. Mulalah, buat2 muka hafal sejarah masa sekolah. Kalau tak pun, berpura - pura ternampak M. Nasir. Lalu mengejar orang yang tidak dikenali secara tiba - tiba yang sudah dirancang untuk melarikan diri.

Oleh kerna saya bukan dari golongan yang kaya dan tiada bantuan kewangan/ pinjaman pada ketika itu, maka saya rasa harga makanan dan minuman agak mahal sedikitlah. =)


4) Kafe Perpustakaan



Dibuka pada waktu pejabat sahaja. Terletak di dalam perpustakaan. Menyediakan makanan dan minuman ala - ala Western Foods. Sangat berbaloi menikmati juadah yang ada di sini.

Namun, harganya yang mahal menyebabkan kita membuat muka "seposen", kononnya meminta simpati kepada pengusaha agar diberi makan percuma. Walhal, pengusahanya turut melakukan perkara yang sama agar pengunjung membayar triple harga makanan yang disediakan. Pulak dah! =P


6) Pasar Malam (Di Kampung)


Pada mulanya berasa sangat seronok dan teruja untuk membeli belah di Pasar Malam yang terletak di kampung berhampiran Unisel. Tetapi, lama kelamaan anda akan bosan. Hanya +- 10 minit berjalan kaki melalui laluan yang disediakan. Rata - rata pelajar Unisel lebih gemar berjalan kaki ke Pasar Malam di kampung. Berjalan ramai - ramai pasti seronok kan?

Harga makanan di pasar malam sangat murah. Mee goreng boleh didapati dengan harga RM 2. Selain itu, terdapat juga Roti John, Nasi Tomato, lauk pauk yang best, kuih muih, air Soya , Ice Blended dan macam - macam lah. Pasar malam ini tiada bezanya dengan pasar malam yang lain. Sama sahaja. =P


Sangat menyeronokkan melihat ayam percik. Sambil itu, terpercik - percik air liur. Ada juga VCD/ DVD cetak rompak yang murah harganya selain barang - barang mainan seperti robot, kereta mainan dan lain - lain. Terdapat juga aksessori asas seperti gelang tangan, anting - anting, rantai murahan dan selipar/ kasut.


6) Restoran/ Gerai/ Warung (Di Kampung)

Dibuka pada waktu pagi sampai malam. Variasi. Boleh memilih mana - mana kedai makan, harga lebih kurang sama sahaja. Jangan terkejut, perkhidmatan burger secara ekspres ada disediakan bergantung kepada permintaan!

Rokok yang menjadi makanan kepada si perokok juga ada dijual di Kampung.
Secara tidak langsung, mereka juga sudah menempah tiket penginapan secara ekspress untuk ke kubur juga!


7) Jualan di Hostel oleh Pelajar Unisel

Pelajar Unisel yang mendiami hostel perlu mematuhi peraturan yang menetapkan pukul 12 sebagai waktu untuk kembali ke penjara semula (Maksudnya hostel, tidak boleh keluar selepas pukul 12 malam).

Bimbang anda kebuluran di waktu malam? Usah risau, di hostel juga ada sebilangan usahawan pelajar Unisel yang membuka bisnes makanan dan minuman. Kebiasaanya, ditutup pada pukul +- 3 pagi.


Pendek kata, tak perlu risau pasal makan minum di Unisel. Macam - macam ada! =)


***************************************************


PEMBELAJARAN


Abstrak

Kebiasaanya, kelas/ kuliah akan bermula seawal +- 8.30 pagi dan majoritinya berakhir pada sebelah petang. Namun, kepadatan jadual kelas bergantung kepada subjek pembelajaran dan juga bidang pengajian. Jadual kelas saya pernah berakhir pada waktu malam. Terasa seperti menghadiri kelas tuisyen pula =P.

Perlu diingat, jadual pembelajaran di Universiti tidak sama seperti jadual pembelajaran di sekolah, dimana anda perlu bersiap seawal +- 6.30 pagi. Ada kalanya kelas bermula pada pukul 10 pagi, ada juga kelas yang bermula pada waktu petang. Kadang kala berbeza setiap hari juga.




Di permulaan semester baru, anda perlu mendaftar subjek. Selalunya setiap pelajar perlu mendaftar sebanyak +- 6 subjek pengajian pada semester baru (Sem panjang). Tertakluk kepada nilai kredit subjek tersebut.

Contohnya, nilai kredit subjek Proficiency English: 3, Computer Application: 4 dan Elementary Physics pula: 4. Setiap sem panjang hanya dibenarkan untuk mendaftar sebanyak +- 22 nilai kredit sahaja. (+- 12 nilai kredit untuk sem pendek). Bergantung kepada budi bicara Dekan jika mahu menambah subjek pengajian.

Sekiranya anda mengambil banyak subjek pengajian, maka sibuklah nanti. Pecah kepala juga mahu belajar banyak2 subjek. Tapi kalau terlalu sedikit mengambil subjek pengajian, lambat pula graduate. Terpulanglah kepada anda, bagaimana mahu menyusun jadual perancangan pengajian.


Lokasi Kelas/ Kuliah

Majoriti lokasi kelas/ kuliah berbeza mengikut subjek pengajian. Andai kata anda ingin mencari kelas English, kemungkinan besar kelasnya berada di Fakulti FSP. Jika subjek pengajian berkaitan ICT, mungkin kelasnya terletak di FITM pula. Subjek Bisnes? Saya percaya kelas diadakan di Fakulti Bisnes. Hehehe =D


Bagi memudahkan pencarian kelas, setiap pintu di kelas/ kuliah telah ditanda dengan nombor kod. Malangnya, terdapat sebilangan pelajar macam "Baboon" telah mengedit nombor kod tersebut. Pada mulanya agak sukar untuk pelajar baru, namun lama kelamaan nanti anda akan biasa.


Keadaan Kelas/ Kuliah

Variasi. Ada keadaan kelas bagai bilik pejabat CEO dan ada juga keadaan kelas seperti sarang tikus. Kerusi yang digunakan adalah kerusi yang majoritinya terdapat di pusat tuisyen. Hebat! "kerusi + meja".


Kadang kala bila anda mengangkat meja kecil yang terdapat di "kerusi, + meja", ada bekas gula2 getah aka chewing gum yang sudah reput ditampal di bawahnya. Permukaannya pula diukir atau dilukis pelbagai corak2 kreatif dan ayat - ayat pujangga, lazimnya lah.

Paling penting, penghawa dingin. Ya, cuaca di Unisel tidak menentu. Kebiasaanya, mengalami musim panas. Maka, penghawa dingin dipasang di setiap kelas. Namun terdapat juga penghawa dingin yang berfungsi sebagai hiasan sahaja.


Tenaga Pengajar

Pada peringkat Universiti, gelaran guru lebih dikenali sebagai Pensyarah. Setiap dari mereka, mempunyai kepakaran dalam bidang yang berbeza. Boleh jadi anda diajar oleh pensyarah yang genius dan kacak/ cantik.

Namun, ada juga pensyarah yang "kurang berkualiti". Ingatlah, walau teruk sekalipun pengajaran/ pembelajaran yang disampaikan, mereka adalah guru anda! Hormat, itu yang paling penting. Ilmu tidak berkat sekiranya anak murid tidak menghormati sifunya. =)

Ikatan antara pensyarah dan pelajar tidak harus dipisahkan