Suatu kisah yang mengillustrasi tentang kehidupan seorang pemuda bernama Muhammad Izzat, yang masih tercari - cari akan erti kewujudannya di sebalik rahsia alam yang terbentang luas. InshaAllah, moga kita berjaya di dunia dan akhirat kelak.

Sekiranya anda berstatus "Starfleet Captain", sila tinggalkan link (Url blog anda) di Orbital Station (Flight Deck). Kelak, mungkin saya akan "follow" anda =)

STARFLEET CAPTAIN

Cita - cita ?

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Sewaktu kecil, saya selalu tertanya - tanya: Bagaimanakah pelangi boleh terjadi? Mengapa bulan selalu mengikuti saya? Kenapa kapal gergasi boleh terapung di lautan sedangkan syiling tenggelam? Apakah wujud kehidupan di luar alam semesta?

"Imagination is more important than knowledge" - Albert Enstein

Tanpa disedari, saya telah didedahkan dengan sains ketika menjalani kehidupan seharian. Saya selalu berimaginasi tentang sesuatu yang melibatkan sains. Mungkin sekali disebabkan pengaruh filem Star Wars/ sci-fi, atau mungkin juga melalui pembacaan buku ilmiah. Tetapi saya berpendapat, sifat ingin tahu yang menjadi punca saya suka membuat pemerhatian dan banyak berfikir. Lebih - lebih lagi jika ia melibatkan fenomena sains dan teknologi. Mungkin semuanya bermula dengan sebuah senyuman yang confident.

"All our knowledge has its origins in our perceptions" - Leonardo DaVinci

Apa cita - cita anda? Cuba tanyakan kepada generasi muda masa kini. Ada individu yang ingin menjadi seorang doktor supaya dihormati dan dipandang mulia oleh yang lain. Ada yang ingin menjadi seorang jurutera kerana mengejar harta dunia. Tidak kurang juga yang ingin populariti dengan menjadi seorang selebriti. Walau apa pun cita - cita seseorang itu, saya pasti kita semua mempunyai objektif atau matlamat hidup yang ingin dicapai. Sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.

  • Bila Allah cepat makbulkan doa kita, maka Dia Menyayangi kita.
  • Bila Allah lambat makbulkan doa kita, maka Dia ingin Menguji kita.
  • Bila Allah tidak memakbulkan doa kita, sebenarnya Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun. Kerana Kasih Sayang Allah itu mendahului Murkanya.
"Kalau boleh, saya ingin mencipta satu mesin atau bahan yang membawa kemusnahan amat dahsyat sehingga menjadikan peperangan amat ditakuti dan tidak akan berlaku lagi buat selama - lamanya" - Alfred Nobel

Saya pun, mempunyai suatu impian: Mencipta atau membina sesuatu yang dapat membawa kebaikan kepada seluruh hidupan. Sesuatu yang boleh dimanfaatkan kegunaanya. Sesuatu yang boleh dijadikan ilmu pengetahuan, agar ganjaran pahala sentiasa "mengalir" biarpun sudah tiada di dunia. Insya Allah.

3 Amalan yang tidak akan putus sesudah meninggal dunia:

1. Doa anak yang soleh untuk ibu dan bapanya.
2. Sedekah/ Amal Jariah yang memudahkan orang ramai
3. Ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

Jadi, bila ada orang bertanya "Apa cita - cita anda?". Insya Allah, saya akan menjawabnya:

"Saya bercita - cita untuk menjadi seorang saintis/ jurutera !!!"

Yeah !! Ambik ni sebijik !! Wajah anda yang sedang tersenyum sendirian ...


Famous Last Words
"There are three classes of people: those who see, those who see when they are shown, those who do not see"

Bila Dilanda Kebosanan

Salam Sejahtera

Bau kentot, ada sesiapa yang suka ke?

Ruginya anda semua. Inilah bau yang mengasyikkan. Aromanya boleh membuatkan kita terawang - awang nun jauh di angkasa. Apatah lagi bila bau itu ditemani dengan alunan bunyi yang "manja". Lebih - lebih lagi yang bunyinya seakan - akan "cair". Maka cairlah yang mendengarnya.

Kadang - kala kita mendengarnya tatkala sedang berbicara dengan teman. Aduhai, kita tidak dapat meneka dari mana datangnya kerna tiada siapa pun yang mengakuinya. Sungguh terasa duka di hati. Ibarat hembusan angin, kita tidak dapat melihatnya namun dapat menghidunya.

Tanpa disedari, kehadiran bunyi kentot dalam hidup kita membuatkan diri kita berseri - seri. Dengan "melepaskan kentot" di tempat orang ramai, sekuntum senyuman mula terukir. Dengan "melepaskan kentot" juga", kita sudah terlepas dari penyiksaan perut selepas makan.

Ingatlah, boleh jadi kita membenci sesuatu. Walaupun sebenarnya, ia baik untuk kita.

p/s: Saya gurau je tau ...

Famous Last Words
"Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa"

Berakhir Sudah

Alhamdulillah ...


Fuuhhh!!! Rasa cam best je bila "exam" dah habis. Lepas ni dah boleh "relax" (Walaupun sebelum ni pun selalu "relax" je). Harap - harap laa takde subjek yang "fail". Nanti boleh terus sambung "degree". Saya rasa cam nak lari ke UniTeN/ MMU/ UniKL/ UTP (Woohh??!!). Tapi yang tak bestnya, sebab saya masih belum "bebas" dari Unisel.

Untuk pengetahuan semua, budak2 "foundation" kat Unisel takde bantuan pinjaman kewangan cam PTPTN, MARA, SUK dan lain2. Tak kira yuran pengajian/ hostel/ buku dan "sara hidup", semuanya kena "sendirian berhad". Jumlah tunggakan yuran saya kat Unisel sangat2 "menyayat hati". Sekali dengar je jumlah yuran, boleh terbang gigi dibuatnya.

Kertas slip "foundation" (Slip tamat pengajian "asasi") tidak akan diberikan selagi saya masih ada "hutang" kat Unisel. Lepas ni saya nak gi cari kerja, kumpul duit banyak2 dan keje sampai lebam2 mata. Lambat bayar, lagi jauh perjalanan nak "graduate". Patutnya bulan Januari depan, saya dah boleh sambung ke peringkat "degree" tau. Tapi bila dah jadi camni ....

(-_-)"

Famous Last Words
"Hope is the first step on the road to disappointment"

Simbol Syaitan Melalui Tangan

Nauzubillah ...

Ada sesuatu yang sangat "mengejutkan" saya malam ni. Saya ada menerima suatu email mengenai simbol syaitan aka tabik setan.

"Tabik Setan"

Selalunya kita akan wat camni klau nak tunjukkan yang kita ni kononnya "rock". Tapi ramai yang tak tau, ada cerita yang tak best disebaliknya.

Kedua - dua isyarat tangan ni ada mesej yang tersembunyi. Gambar di sebelah kiri ni melambangkan "Tuhan Bertanduk" (syaitan). Di sebelah kanan pula digunakan untuk menyumpah orang lain kononyerlah.



Anton Lavey

Si botak ni merupakan ketua dan pengasas "Church of Satan". Bukunya yang bertajuk "Satanic Bible" menyesatkan ramai orang. Dia ni laa yang cipta formula "Tabik Setan". Jahat betul dia ni. Sekali saya ketuk kepala botak dia ngan tembikai, terkeluar anak ayam ...

Aktiviti pemujaan



Perhatikan kedua - dua gambar di atas. Apa pandangan korang bila tengok gambar tersebut ngan gambar di bawah ni pulak ?




Ramai orang tak tau lagi tentang simbol syaitan ni. Apa kata korang gi sebarkan maklumat ni kat orang lain. Boleh dapat pahala tau.

Famous Last Words
"A mind without purpose will wander in dark places"

Kembali Semula

Alhamdullillah

Akhirnya dapat gak update blog ni. Sejak kebalakangan ni, asyik buzy je. Dah "berhabuk" blog ni, lama tak update. Sebenarnya ada banyak tau peristiwa yang saya nak citer, tapi cam dah terlambat. Tapi takper, kat sini saya nak wat ringkasan sikit pasal citer2 yg "penting" masa lepas:

1. Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Cam biasa, awal2 pagi raya dah bangun. Ntah camner bleh tetido balik, tak dapat gi masjid untuk solat hari raya. Memang rasa menyesal, lebih2 lagi masa kena marah ngan mama aka mak saya. Diceritanya pulak orang yang tak solat akan dibakar kat neraka. Memang terseksa jiwa. Pastu gi rumah atuk dan nenek kat Kajang. Dah berkumpul ramai2 ngan sedara yang lain, maka bermulalah acara bersalaman dan memohon maaf.

Tak lama lepas tu, gi Sungai Penchala. Masa tu ada ramai tetamu, jadi aktiviti bersalaman dan memohon maaf tak dapat berjalan ngan lancar. Hari2 raya yg lain banyak dihabiskan dengan mengunjungi rumah sedara - mara yg lain.

Teringat balik masa saya "kanak2 ribena", best betul bila beraya kat rumah orang lain. Masa gi beraya kat rumah orang yg tak dikenali, bila dapat je duit raya terus chow. Sedara pulak ramai, memang syoklah dapat duit raya lagi. Banyak benda saya nak citer, tapi rasa cam malas pulak. Apapun, memang saya rindu btul masa tu ...


2. Dah 19 Tahun

Cut !!!

Alhamdullillah, akhirnya genap juga umur saya yang ke 19. Ada suatu ketika saya rasa muda, tapi kadang2 tu ada gak rasa macam "tua" (Huh?).


3. Peperiksaan Muet


Muet - Malaysia University English Test ni wajib diambil untuk sesiapa yg nak wat ijazah sarjana muda aka first degree kat IPTA. Tapi ada gak sesetengah IPTS mewajibkan pelajar degree wat Muet sblum grad.


4. Tahniah Kepada Mama

Luv my mama ^_^

Masa bulan Oktober lepas, Mama aka mak saya berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya. Mula2 saya tertanya - tanya kenapa dia join diploma, kemudian baru saya tahu iainya bukan diploma biasa. Kalau kat UM, ada satu program pembelajaran khas untuk org yg bekerja. Ia adalah program Diploma Eksekutif dan Diploma Professional. Ada gak diperingkat sijil. Tapi program pengajian ni khas untuk orang yang ada pengalaman bekerja je.


5. Gempa Bumi

Ni berlaku masa ada kejadian gempa bumi kat Indonesia. Tapi, gegarannya leh rasa sampai ke Malaysia. Ada suatu petang tu, saya ngah tengok tv kat dalam bilik hostel. Saya ngah baring kat katil masa tu. Tetiba je katil cam bergegar ngan bergerak sket. Saya tak terfikir masa tu cam ada gempa bumi, jadi saya rilek je.

Malam tu, berita tv3 ada siarkan pasal gegaran gempa bumi terasa kat Malaysia. Berita tu wat saya teringat masa petang tadi. Lebih2 lagi bila housemate saya balik. Dia citer kat saya ngan geng2 lain yang masa kat kelas dia ada terasa gegaran. Kecoh giler masa tu. Bila fikir2 balik, rasa cam bersyukur sebab takde berlaku apa2.


Famous Last Words
"Renungi apa yang tersurat, fahamilah apa yang tersirat"

Aku Yang Berdoa ...

"Allah itu Maha Berkuasa"







Ada laa suatu hari yang biasa , tatkala saya baru je balik dari kuliah. Sampai kat bilik, campak beg kat katil pastu terus je keluarkan "laptop" (Duh ....). Tapi "laptop" tetiba wat "problem" (Duh .... ). Tak boleh "on" laa pulak. Berkali - kali tekan "button on" pun tak berhasil gak. Sambil tekan tu, mulut pun berkali - kali memaki hamun (Duh .... ).

Akhirnya, saya putus asa. Tak tau nak wat camner lagi. Di saat itu, tetiba saya teringatkan Allah. Biasa laa, hampir semua manusia selalunya mengingati Allah di detik2 kesusahan (Duh, teruk betul ... ). Saya pun berdoa kepada Allah agar segala urusan saya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki di dunia mahupun di akhirat.

Ajaibnya !!! "Laptop" saya tetiba je "on". Saya terkaku seketika. Allah itu Maha Berkuasa. Apa saja yang dikehendakiNya, pasti tercapai. Lama saya termenung, memikirkan keajaiban yang baru terjadi. Teringat kembali "post" saya yang dulu:

  • Bila Allah cepat makbulkan doa kita, maka Dia Menyayangi kita.
  • Bila Allah lambat makbulkan doa kita, maka Dia ingin Menguji kita.
  • Bila Allah tidak memakbulkan doa kita, sebenarnya Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun. Kerana Kasih Sayang Allah itu mendahului Murkanya.


My Famous Last Words
"
Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan"

Permainan Minda

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Setiap manusia dikurniakan dengan kebolehan yang tersendiri. Tanpa disedari, mungkin ada "sesuatu yang luar biasa" tentang diri korang yang belum diketahui lagi.
  • Adakah korang rasa minda korang cam "hehehehebat" ???
  • Takpun, ada tak korang rasa minda korang ni cepat "pick up" ???
  • Mungkin ada masanya korang rasa minda korang ni "lain dari yang lain" ???
Tak kisah laa apa pun jawapannya, jom kita sama2 layan "mind game" ni ye ...




My Famous Last Words
"Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak pikat kawan mereka yang paling cantik"

Merdekakah Kita ???

"Segala Puji Bagi Allah"


Hari ini genaplah kemerdekaan Malaysia yang ke 52. Terbitnya suatu perasaan bangga akan negara. Sungguh bertuah empunya badan, dilahirkan di bumi Malaysia yang aman damai. Negara yang berjiwakan islam dan merdeka.

Tika ini timbulkan pertanyaan kepada generasi muda, yang bakal menerajui negara kelak.
  • Apakah mereka mengerti istilah merdeka ???
  • Pernakah wujudnya semangat patriotik biarpun bukan bertarikh 31 Ogos ???
  • Mengapa perlunya merdeka ???
  • Tahukah mereka tentang sejarah kemerdekaan negara selain mengetahui tarikh dan lokasinya ???
  • Adakah munculnya perasaan bangga dilahirkan sebagai anak Malaysia, meski sebilangan mengimpikan kehidupan di Amerika, Jepun, Eropah atau yang sewaktu dengannya ???

Cukup banyak persoalan boleh dipertikaikan. Walau dari 1957 hingga kini, Malaysia sudah berdiri di persada dunia. Kian tinggi mencakar langit di angkasa, kian luas seluas lautan. Mengibar jalur gemilang yang berisimbolkan panji2 kemerdekaan. Berdiri bersatu teguh dan sebulat suara berteriak "MERDEKA"...!!!!!

Walau seluruh alam mendengarnya, walau seluruh bangsa meraikannya. Namun, adakah rakyatnya sudah "merdeka" atau negaranya sahaja yang sudah merdeka ... ???
Apakah mereka ingin meniru budaya luar ???
Jadi orang asing ...
Hidup tanpa batasan ...
Jahil tentang halal haram ...
Kononya itulah "kemajuan" ...
Tidak mahu diri ditertawakan ...
Sudah "merdekakah" kita ???

Famous Last Words
"A nation divided against itself, cannot stand"

Nostalgia Bulan Ramadhan

"Salam Sejahtera"


Alhamdulillah, akhirnya tiba jua bulan Ramadhan. Bulan yang dinantikan oleh seluruh umat islam. Bulan di mana pintu neraka tertutup rapat dan pintu syurga terbuka luas. Bulan Ramadhan yang menanti doa taubat kita semua. Kelmarin, masa saya ngah duk lepak makan2 kat gerai sambil tengok tv ngan member2, berita tentang tarikh puasa diumumkan. Tetiba je teringat detik2 masa bulan puasa masa zaman budak kecik dulu.

Tahun lepas, selalunya saya sahur kat hostel Unisel. Jarang jugak rr sahur kat rumah. Teringat masa zaman saya masih "kanak2 ribena". Bila masa dah bangun sahur, saya selalunya jadi "tukang kejutkan" adik2 saya yang lain. Adik - beradik saya ada 7 orang. Diorang ni pulak memang jenis susah nak bangun dari tidur.

  • Yana
  • Dia ni penakut sikit. Biasalah perempuan. Mula2 saya kejutkan dia. Pastu bila dia dah bukak mata (mamai jap), saya terus tutup lampu ngan pintu bilik dia sambil cakap ada "makhluk" di sebelahnya. "Kepalanya terbungkus - bungkus. Dibungkus pula ngan sampah. Hampeh. Baunya busuk sekali. Apatah lagi bau mulutnya. Badannya terbang, diikat ngan tali". Nanti tak sampai 3 saat, dia dah rempuh pintu tu ngan ngauman amuk yang mengamuk.
  • Hariz
  • Tidur mati budak ni. Memang susah nak bangunkan dia dari tidur. Saya selalu pegang kaki dia pastu seret ke luar bilik. Saya seret dia mengelilingi bilik cam ngah bertawaf mengelilingi Kaabah. Kalau tak bangun gak, saya simbah ngan air. Dia memang akan bangun, tapi nanti dia tidur balik kat atas katil.
  • Faiz
  • Letak jam loceng kat telinga dia. Serta merta dia akan bangun dlm keadaan cam pendekar kung fu mabuk. Tak bangun jugak??? Saya siram air kat "celah2 kaki" dia. Memang boleh dijamin bangun dari tidur. Masa ni pulak, dia akan bangun dengan jeritan tempikan pendekar kung fu mabuk.
  • Farisya
  • Dia ni mudah "mengigau". Tapi, tak susah nak kejutkan dia dari tidur. Walaupun kadang2 dia tidur balik, dia ni senang je nak dikejutkan bangun dari tidur. Dia ni penganti saya kalau saya tiada kat rumah.
  • Syuhada
  • Ni paling "kecik" (Adik bongsu). Kalau ramai yang dah bangun masa sahur tu, maka dia pun akan bersemangat untuk bersahur sekali walaupun tak berpuasa. Tapi, sebaliknya akan berlaku kalau sikit orang je yang bersahur.



Apapun, selamat menyambut ramadhan. Ambil peluang di bulan ramadhan ni untuk membersihkan diri dari segala dosa.

Famous Last Words
"Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan"


Penawar Duka Lara

"Demi Al - Quran Yang Penuh Hikmah"

Tika hati sedang bersedih, jiwa sedang berduka, minda sedang berkecamuk. Inilah petua terbaik untuk mengubati resah dan gundah.


Amalkan tasbih, tahmid dan takbir
Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah. Apa kata cuba amalkannya???

Berdoa
Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin. Woooo .......

Sibukkan diri dengan sesuatu pekerjaan/ aktiviti
Lakukan aktivit yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakkan membaca Al - Quran dan pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktivit usrah, kemasyarakatan dan sebagainya. Buat2 laa sibuk sikit ...

Luahkan perasaan anda
Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percayai (Sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau blog, belasah "teddy bear", menjerit sekuat yang mungkin dan macam2 cara lagi yang boleh anda lakukan.

Senyum
Apabila berada dalam tekanan, cubalah senyum sikit. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati. Tapi kalau orang lain nampak anda tersenyum sorang2, pandai2 laa jawab eh ....

Famous Last Words
"Senyum itu sedekah"

Kembali ke Dunia Baru?

"Segala Puji Bagi Allah"

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak saya kembali ke Unisel untuk sambung balik pengajian saya yang tertangguh. Sebelum ni, saya terpaksa "blah" jap sebab masalah kewangan. *Pengurusan Unisel memang sangat2 "J******".

*Sekadar luahan ....


Sebenarnya masa hari pendaftaran tu, macam2 perkara yang tak best berlaku kat saya. Kalau nak cerita pun cam malas je. Apapun, saya rasa bersyukur sangat2 sebab semua perkara2 tak best tu dah berakhir (Setakat ni laa, sebab masalah sentiasa "bersambung") ...

Saya cuma berharap dapat habiskan "Foundation" ni secepat mungkin dan terus sambung ijazah kat universiti lain. Semoga Allah murahkan rezeki saya ...

Famous Last Words
"Gunakan kreativiti untuk menyelesaikan masalah"

Kisah Jacqueline Saburido

"Segala Puji Bagi Allah"

Kita selalu dinasihatkan untuk memandu kenderaan dengan cermat. Baguslah kalau kita berbuat cam tu. Tapi, kadang - kadang tu, bila kita nak cepat atau ngah takder "mood" masa memandu, kita mula abaikan keselamatan diri. Tapi tu takper, kalau kita "accident", sendiri pandai tanggung laa. Apa yang tak "bestnyer" kalau kita "terlanggar" pemandu/ orang awam yang lain.

Kat sini, saya nak "share" satu kisah tentang kehidupan seorang wanita yang bernama
Jacqueline Saburido.

Wajahnya pada tahun 1999


Bersama ayahnya pada tahun 1998


Ketika bersama ngan kawannya


Bayangkan camner keadaan pemandu ni

Pada bulan Disember 1999, kereta Jacqueline telah dilanggar oleh kereta kepunyaan seorang pelajar lelaki yang sedang memandu dalam keadaan mabuk selepas berparti di rumah.




Ketika kemalangan berlaku, Jacqueline "terbakar" lebih kurang 45 saat. Dia dilaporkan mengalami kesan melecur yang sangat serius dan terpaksa menjalani 40 pembedahan.



Tanpa bulu mata di bahagian kiri, Jacqueline perlukan "eye drops" untuk memastikan penglihatannya tidak terganggu

Sehingga kini, dia masih tidak dapat memaafkan dirinya atas kemalangan tersebut selepas melihat wajah Jacqueline


Bold
Famous Last Words
"Apa yang kita fikir, apa yang kita tahu atau apa yang kita percaya sebenarnya tidaklah begitu penting kerana yang lebih penting ialah apa yang kita lakukan"

Gugurnya Sebutir Bintang

"Tiada Tuhan Melainkan Allah"

Dan kepadaNya juga, kita dikembalikan. Tiada sesiapun yang terkecuali. Baru - baru ni kita dikejutkan dengan kematian seorang penyanyi terkenal yang digelar "King of Pop", Michael Jackson.

Menurut sumber, beliau yang berumur 50 tahun telah dibawa ke Hospital UCLA setelah rebah secara tiba - tiba diri di kediamannya yang terletak di Holmby Hills, California . Pihak paramedik yang tiba di tempat kejadian, 9 minit selepas panggilan kecemasan telah cuba melakukan CPR, selepas mendapati beliau tidak bernafas. Namun, beliau telah disahkan meninggal dunia setibanya di hospital tersebut.

Nama: Michael Joseph Jackson
Punca Kematian: "Cardiac Arrest"
Umur ketika meninggal: 50 tahun



Lili Nour, salah seorang peminat Michael Jackson sedang meratapi pemergian "King of Pop"

Beberapa peminat beliau sedang cuba menenangkan antara satu sama lain

Adik Michael Jackson berkata "May Allah be with you Michael, always. Love you..."

Famous Last Words
"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

Malaysian Typing Speed Test

"Maha Suci Allah"

Beberapa jam yang lepas, sedang saya tengah duk asyik "surf" internet ... saya tetiba terjumpa suatu "game" yang cam best tau!!!


Malaysian Typing Speed Test

Dengan speed test kamu boleh uji kelajuan menaip kamu. Tentunya kamu tidak akan mendapat 100% keputusan yang tepat, tetapi sekurang-kurangnya terdapat petunjuk disitu. Cubalah berulang kali, dan semakin kamu bertambah laju, adalah kerana, perkataan yang kamu perlu menaip, ialah perkataan yang sering digunakan dalam bahasa Melayu.

Semakin laju kamu menaip perkataan tersebut, semakin pantas kamu menaip teks-teks yang lain. Selepas penilaian tersebut kamu boleh rangkumkan keputusan kamu dalam blog atau dimana saja, jadi kawan kamu boleh melihat keupayaan kamu menaip.


Jika kamu masih belum puas dengan keputusannya, kamu boleh mencuba lagi dari masa ke masa. Jika kamu masih tidak biasa dengan sistem sentuhan menaip, kamu digalakkan untuk mempelajarinya dahulu. Oleh itu, kamu tak perlu lagi melihat papan kekunci semasa menaip dan mudah untuk kamu mencapai kelajuan 70 patah perkataan seminit.



Apa yang ditunggu lagi, cubalah "lawan".....
Ni "link" nya - http://malaysian-speedtest.10-fast-fingers.com

Famous Last Words
"Kereta model T yang dicipta oleh Henry Ford hanya bewarna hitam kerana pada waktu itu cat warna hitamlah yang paling cepat kering"

Cahaya di Hari Kiamat

"Maha Suci Allah"

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

  • Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang
  • Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan
  • Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya dari mereka di dunia yang sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.


Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : " Hai Huraisy ! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari? Huraisy pun menjawab,

"Aku mahu mencari lima orang"

  • Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
  • Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
  • Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
  • Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
  • Kelima, orang yang suka minum arak.

Simpanlah baik - baik amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari. Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat, Insya'Allah.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari.

Cubalah hayati setiap perkataan dan jawablah seperti yang disarankan. Bagi orang yang melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang disarankan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu. Begitulah kelebihannya yang Allah beri.

Famous Last Words
"Air mengembang apabila membeku dan mengecut apabila ia mencair. Jadi, jika glasier di kutub utara dan selatan mencair, secara teorinya paras air laut global tidak akan meningkat. Bukan begitu?"

Kuasa Maxis Broadband di Tanganku

Wahahahahahaha...!!!!!

Hari ni ayah saya bagi saya "kuasa" sepenuhnya terhadap penggunaan Maxis Broadband. Sebelum ni, saya dan 5 adik saya yang lain selalu bergaduh mati - matian untuk guna broadband. Macam - macam taktik dan strategi akan dilakukan untuk mendapatkan broadband. Ayah saya selalu marah kami semua. Memang sangat amat "menakutkan" kalau dia dah marah.


Tapi, lepas "tragedi" yang berlaku semalam. Ayah saya buat keputusan yang bahawasanya pengurusan penggunaan Maxis Broadband akan diuruskan oleh saya. Kalau adik saya nak guna Maxis Broadband, diorang kena ikut "turn". Hanya saya seorang je boleh memonopoli Maxis Broadband ni. Warghahahahahahaha.......

Famous Last Words
"Buah anggur akan meletup kalau kita memanaskannya di dalam ketuhar"

Menangguh Pengajian ???

"Segala puji bagi Allah"

Saya suka merancang sesuatu sebelum melakukan suatu perkara, lebih - lebih lagi kalau ia melibatkan tentang kehidupan dan masa depan saya. Dulu, masa nak pilih universiti untuk sambung belajar, ayah saya ada nasihatkan saya untuk belajar di UNITEN (Universiti Tenaga Nasional).

Tapi saya tak nak sebab kakak dan sepupu saya (sebaya dengan saya) belajar di sana. Nanti tak rasa macam ada kelainan kalau saya pun belajar di sana. Saya lebih suka kalau adik - beradik saya berada di berlainan universiti dan bidang pengajian. Entahlah, mungkin saya anggap ia tak bercirikan "unik" dan saya sukakan "unik".

Lagipun, saya mungkin akan ditawarkan kursus "Foundation in IT", di mana saya mungkin hanya berpeluang untuk memilih "major" samada "Information System" atau "Multimedia" pada peringkat ijazah nanti. Memang "solid" bidang IT.

Saya tak beberapa minat bidang IT. Oleh itu, saya memilih untuk belajar di UNiSEL (Universiti Industri Selangor). Sebab pelajar Asasi IT di UNiSEL boleh menyambung pengajian dalam bidang IT, Sains Komputer dan Kejuruteraan (Komputer, Perisian, Rangkaian dan lain - lain). Kiranya tak terhad untuk bidang IT jelah.

Yang tak "bestnyer", pelajar "Foundation" di UNiSEL tiada bantuan pinjaman kewangan seperti PTPN, MARA, Yayasan Selangor dan macam - macam lagi. Dalam surat tawaran (Buku panduan UNiSEL) ada tulis SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor) menyediakan pinjaman kewangan untuk pelajar peringkat "Foundation".

Tapi, bila pergi ke pejabat, tetiba tak boleh pulak. Mungkin sebab tempoh "Foundation" hanya setahun, maka pihak UNiSEL malas nak berurus niaga tentang ni. Jadi, semua yuran kena tanggung sendiri.

Apapun, beberapa minggu yang lepas, saya ada "surf" portal pelajar UNiSEL.



Pengumuman:
PELAJAR-PELAJAR UNISEL,

PELAJAR-PELAJAR TIDAK DITERIMA UNTUK MENDAFTAR DIRI PADA SESI AKADEMIK 3/2008/2009 (MEI 2009) SEKIRANYA TUNGGAKAN YURAN MELEBIHI RM2500.00

BAYARAN SECARA TUNAI PADA HARI PENDAFTARAN TIDAK DITERIMA

HARAP MAKLUM.

Macam nak terbang gigi saya lepas membacanya. Jantung saya pulak berdegup macam jantung orang yang tengah tengok monyet memandu kereta Formula 1, lepas dah lihat jumlah hutang saya kat UNiSEL. Patutnya bulan Julai ni dah boleh habis belajar. Tapi apakan daya, nampaknya saya mungkin habis belajar pada awal bulan Disember. Kena tangguh pengajian ke semester seterusnya.


Famous Last Words
"Kalau saya marah atau sedih, suatu lukisan yang sangat agak brutal berjaya dihasilkan di kertas conteng"

Sekadar Renungan Bersama

"Tiada Tuhan Melainkan Allah"
  • Bila Allah cepat makbulkan doa kita, maka Dia Menyayangi kita.
  • Bila Allah lambat makbulkan doa kita, maka Dia ingin Menguji kita.
  • Bila Allah tidak memakbulkan doa kita, sebenarnya Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun. Kerana Kasih Sayang Allah itu mendahului Murkanya.

قَالَ رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَيُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ..؟، قَالَ الصَّلَاةُ عَلَى وَقْتِهَا قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّه (صحيح البخاري)

Nabi saw ditanya : “Amal apa yang paling dicintai Allah?, sabda Rasulullah saw : Solat pada waktunya. Kemudian ?, sabda beliau saw : Bakti pada ayah bunda. Kemudian ?, sabda beliau saw Jihad di Jalan Allah” (Shahih Bukhari)

*Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup

  • Panggilan pertama adalah Azan

Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih tenang, Dia tidak "cepat marah" akan sikap kita.

Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi hambaNya, baik hambaNya itu menjawab panggilan azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas hambaNya ketika hari Kiamat nanti".

  • Panggilan kedua adalah panggilan Haji/ Umrah
Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya "bergiliran" . Seorang hambaNya mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul.

Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan "Labaik Allahuma Labbaik", sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang kedua. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu
.

  • Panggilan ketiga adalah panggilan Kematian

Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebiasaan, Allah tidak memberikan tanda-tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh.
Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah. Insya Allah syurga adalah balasannya.

*Artikel ni diambil dari "www.iLuvislam.com".

Famous Last Words
"Walaupun pencapaiannya dalam bidang sains dan kesenian amat membanggakan, ramai yang tidak tahu bahawa Leonardo da Vinci sebenarnya sangat bangga dengan kebolehan beliau membengkokkan besi menggunakan tangan"