Assalamualaikum~

*Mungkin rumit, harus fahami post yang lalu terlebih dahulu.



Berbulan lamanya dibiarkan keseorangan, blog ini kian ditelan zaman. Masa berlalu, aku makin memahami istilah "sibuk". Mengundangi sesuatu yang sukar untuk digambarkan ke dalam bentuk kata - kata. Mungkin semuanya bermula apabila mendapat tawaran secara "maya", untuk mengikuti pengajian diploma senibina UTM. Terbit suatu perasaan yang amat gembira, dan hampa. Suka dan duka. Tanpa disedari, di saat itu, suatu nostalgia mula melayang - layang dalam ingatan.


**************************************************

Lebih setahun yang lalu. Aku menjalani kehidupan yang biasa, sama seperti yang lain. Kemudian ujian dari Allah datang menyapa diri. Perlahan - perlahan kemewahan dan kesenangan dikikis dugaan hidup.

Akhirnya, aku kecundang di waktu kemuncak. Bagai si buta kehilangan tongkatnya, aku tenggelam ke dasar kegelapan. Dihimpit tekanan hidup. Menanggis seorang diri. Ada kalanya berada di atas, ada masanya jatuh ke bawah. Inilah putaran hidup.

Tetapi, adakah mudah untuk mendaki ke atas semula?

**************************************************

Tamat imbas kembali.


Masa berlalu, aku tertanya - tanya. Ramai rakanku sudah melanjutkan pengajian ke ijazah pertama. Tapi aku ? Baru saja ingin memulakan langkah di tahap diploma.

Dihantui pengalaman lalu. Aku hanya mampu melihat rakan - rakan yang lain, menikmati saat - saat menyeronokkan di alam universiti. Sedangkan aku tahu, aku patut berada di tempat yang sepatutnya. Hanya menunggu masa.


**************************************************

Sebenarnya, aku dapat tawaran untuk mengikuti pengajian diploma senibina UTM. Macam best je dengar. Tapi, kena pass 3 ujian dulu:


i) Ujian aptitud

ii) Ujian lukisan

iii) Temuduga aka Interview


Sekarang ni aku sibuk mengumpulkan macam2 maklumat pasal "architecture". Kena buat portfolio lagi. Agak leceh jugak. Apa akan jadi kalau aku fail interview, eh? Hmm~

Famous Last Words
"Every man is the architect of his own fortune"