Alhamdulillah

Aman damai dalam fikiranku

Akhirnya, selesai sudah masalah ku. Tiada lagi mimpi ngeri sampai terkentot dibuatnya. Tidak perlu sepak dinding untuk melepaskan geram. Ya, tak perlu lagi nak berjalan di bawah sinaran mentari. Panas terik! Tiada tempat yang boleh dijadikan teduhan. Hanya Allah saja yang tahu ...

Ada terasa suka, dan duka. Aku hanya perlu menunggu dengan penuh kesabaran. Menanti selama 7 hari bekerja untuk mendapat Transkrip Asasi di Unisel. Di saat ini, aku mula berasa masa bergerak dengan begitu perlahan.

Apapun, semasa berada di Unisel. Aku ada terpandang seorang mamat yang macam ku kenal. Ketika itu, spontan terkeluar suatu bisikan dariku:

"Eh, itu macam Alip ..."

Pada masa yang sama, mamat yang dikenali sebagai Alip, terpandang aku. Dia tersengih. Mula menunjukkan reaksi tersipu - sipu malu.

"Si gemok!!! Apa kau buat kat sini?"
(Monolog Dalamanku)


Kami duduk berborak. Sudah lama tidak berjumpa. Dia merupakan antara rakan yang boleh dikatakan agak rapat denganku. Masing2 bercerita tentang pengalaman diri dan asam garam kehidupan yang telah dilalui. Dia juga sepertiku, sedang menyelesaikan urusan tamat pengajian.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku terfikir sesuatu. Tentang pengalaman belajar di Unisel. Bukan kesemuanya kenangan pahit, ada juga saat2 gembira. Teringat memori ketika lepak bersama dengan geng2 pada malam sebelum final exam. Teringat juga memori semasa berlakon drama Superhero di kelas English 2. Kelakar~

Famous Last Words
"Stop dreaming, start action"