Assalamualaikum

Pernah tengok filem Spiderman? Err, aku bukannya nak beri komen pasal filem Spiderman tau. Sebenarnya kata - kata si Green Goblin, musuh kepada Spiderman yang buat aku terfikir. Apakah kata2 tersebut? Yang buat sampai aku menulis mengenainya?


Dia cakap:
"Kentot anda busuk gila! Perghh, berpuaka baunya! Woot, woot! Kikiki ... !"


Tak. Dia tak cakap macam tadi. Kalau anda percaya jugak, tak tahulah aku nak kata apa lagi. Sebenarnya, si Green Goblin berkata ...

"We are who we choose to be ... now choose!"

Tampak ringkas, tapi mesejnya penuh bermakna. Masa ni, si Green Goblin tengah bergasak dengan Spiderman. Lalu, dihasutnya Spiderman untuk menyertai dia. Namun, tak berjaya. Mana2 plot cerita superhero, memang sama. Hero tetap menang diakhirnya!

Tapi aku bukan nak cerita pasal plot Spiderman. Minda aku asyik berfikir pasal kata2 si Green Goblin ni. Tak guna betul. Tapi tak mengapa, bukankah berfikir itu amalan yang sangat bagus?

Dari Nabi S.A.W, sabdanya:
"Fikirkanlah mengenai segala apa jua (yang diciptakan Allah), tetapi janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah ..."
Memang dalam hidup ni kita sentiasa ada diberikan pilihan. Persoalannya, adakah kita membuat pilihan yang terbaik? Apa yang dimaksudkan dengan pilihan yang terbaik?



Inferens aku: Pilihan terbaik adalah pilihan yang sesuai dengan diri, keadaan sekililing dan pada masanya tidak mengabaikan mana2 perkara yang boleh memudaratkan diri atau menyebabkan dosa. Sama ada dosa kecil/ ringan atau besar/ berat.

Sedikit perkongsian hadis mengenai pilihan terbaik ya. =)

Riwayat al - Bukhari dan Muslim. Daripada Aisyah R.A. katanya:
"Rasulullah SAW tidak pernah memilih antara dua perkara melainkan baginda akan memilih yang paling mudah antara keduanya selagi perkara itu tidak mendatangkan dosa.

Jika mendatangkan dosa, baginda adalah orang yang pertama menjauhinya. Rasulullah SAW juga tidak pernah menuntut sesuatu perkara untuk kepentingan dirinya melainkan dilakukan untuk kesucian agama Allah, maka pembelaan yang dilakukan olehnya adalah semata-mata kerana Allah Taala.”

Huraian:
  1. Islam itu adalah agama Allah. Oleh itu, kesuciannya hendaklah sentiasa dipelihara dan dimuliakan
  2. Segala perkara yang dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah S.W.T. Oleh itu umat Islam janganlah terburu-buru dalam bertindak apalagi terhadap sesuatu yang remeh - temeh.
  3. Islam memberi kelonggaran kepada umatnya melakukan perkara yang mudah dan senang selagi ia tidak mendatangkan dosa. Sekiranya mendatangkan dosa hendaklah dijauhi dengan apa cara sekalipun.

Maka, korang fikir2 kan lah. Solat Istikharah untuk mendapatkan pilihan yang lebih baik melalui pertolongan dari Allah SWT ya =)

Famous Last Words
"We are shaped by our thoughts; we become what we think. When the mind is pure, joy follows like a shadow that never leaves"