Wassup?
Dah tengok tak filem Rapunzel Tangled 3D? Best tau! Hahaha :D


Semalam: Tatkala aku sedang khusyuk mengalunkan bacaan Al - Quran dengan Tarannum Hijaz, tiba - tiba aku terdengar jeritan kanak - kanak keriangan. Seketika kemudian, datang sekumpulan adik2 perempuan aku dengan wajah yang cuba berlagak bengis. Nice try kiddo, thumbs up for ya!


Adik2: Assalamualaikum Abang Izzat, maaf menganggu. Abah suh bersiap cepat. Abah nak bawa kita tengok Movie!


Izzat: Waalaikum Salam WBH. Alhamdulillah! Apa tajuk cerita itu adik - adikku?


Adik2: Rapunzel Tangled 3D! Yeah!!


Izzat: WHAT?! HAHAHA x 100


*Okay, skrip di atas telah diedit agar bersesuaian untuk bacaan umum ;)


***************************************************
Haa~ Pakcik aku kerja di GSC. Dapatlah aku sekeluarga tengok movie secara percuma :D Apapun, ini adalah kali pertama aku menonton movie 3D. Maka sebaik sahaja Goggle 3D dipakai, ketampanan aku lebih menyerlah. 

Mujur panggung ditenggelami bayangan kegelapan, aku dapat menyembunyikan kecomelan wajahku. Jika tidak, aku mungkin menjadi sasaran untuk dicabul oleh perempuan atau lelaki yang bernafsu kuda.


Rapunzel Tangled 3D

Sebelum ni, aku pernah menonton Rapunzel versi Barbie (OMG!). Apa yang aku tau, Rapunzel ada rambut panjang mengurai. Tapi aku tak tau pulak yang rambut dia ada Power! Fuiyoo! Power macam Power Root Tongkat Ali. Lepas minum 1 tin, lihat sahaja curve lelaki 3X sudah cukup bikin kau berasa ghairah :P


Pelakon suara Rapunzel: Inilah dia Mandy Moore. Lawa kan? Hehehe :P Kadang2 bosan gak bila asyik duk tengok movie bergenre bunuh2, seram, konfliklah atau lain2. 
So sekali sekala bila tengok cerita cam fantasi ni best gak. Relax dan tak memeningkan kepala nak memahami jalan cerita. 

Yang menariknya, Rapunzel tiada babak yang menyeramkan sehingga menyebabkan kita terkencing dalam seluar. Jangan risau, Rapunzel gak takder babak mengejutkan yang boleh bikin korang  mati berdiri. Tapi korang mesti menangis terharu macam aku bila tengok happy ending :D

Tengok movie Rapunzel Tangled versi 3D tau! Serius, ada satu scene (rujuk gambar 4),  kalau korang guna Goggle 3D, rasa cam nak capai2 je "cahaya" tu :D

Famous Last Words
"Life can only be understood backwards, but it must be lived forwards"