Aku seorang yang suka berimaginasi. Aku selalu berangan - angan mempunyai kuasa/ kebolehan luar biasa yang boleh membuatkan aku tampak bergaya. Ya, bila aku sudah dilabel status bergaya, maka ramailah yang akan mengambil gambar aku untuk dijadikan role model/ inspirasi mereka setiap pagi.

Aku pasti, tentu korang juga pernah membayangkan diri mempunyai kuasa/ kebolehan luar biasa kan? Mari habiskan masa anda mengetahui kuasa/ kebolehan luar biasa yang aku tergila - gilakan.

5) Superhuman Speed

Boleh bergerak dengan pantas melebihi tahap manusia normal!
Contoh: Flash & Sonic Hedgehog


Masa aku kecik dahulu kala, aku pernah belajar di SRK Taman Tun Dr Ismail. Pernah suatu ketika, perut aku berkeroncong. Aku mengerti. Lalu aku segera berlari - lari anak mencari tandas. Tapi aduhai, aku terpaksa melangkah dengan perlahan - lahan, tak mau tercirit. Malangnya sebaik sahaja berada dalam tandas, aku ..... terberak dalam seluar. Sadis! Peristiwa ni menghantui hidup aku~

Kalau aku ada kuasa "Super speed", tentu hidup aku lebih ceria. Nak bergerak ke mana2, memang mudah. Kadang2 tandas awam penuh. Dengan adanya "Super speed", aku tak perlu lagi terseksa menahan diri dari tercirit dan dihantui  memori yang tidak diingini. Malah, senang sahaja aku merampas aiskrim dari budak kecil atau "PAPP" (Tepuk)  mana - mana punggung gadis. Puhahaha! Takut tak?
4) Mind Control

Mampu untuk membaca dan mengawal pemikiran seseorang melalui minda!
Contoh: Professor X & Universo


Pasti menyeronokkan kalau kita tahu apa orang lain fikirkan. Bila aku duk menjawab soalan  peperiksaan yang susah, boleh baca fikiran budak2 pandai untuk dapatkan jawapan. Bila BF/ GF merajuk, mudah saja pujuk mereka dengan menggunakan kuasa minda.

Haa~ aku juga boleh mengetahui kisah kehidupan dan rahsia orang lain. Kalau mereka jahat, aku boleh kawal pemikiran mereka! Muahaha!


3) Accelerated healing

Berkebolehan untuk merawat sebarang kecederaan/ penyakit!
Contoh: Wolverine dan Claire Bennet



Dalam citer X Men, Wolverine yang sudah arwah ditembak di kepala mampu bangkit semula. Memang hebat sungguh kalau aku ada superpower cam Wolverine! Macam2 penyakit/ kecederaan boleh sembuh dalam masa yang agak singkat. Malah parut pun boleh hilang. Tapi aku musykil, apakah perempuan masih memerlukan Kotex/ Pampes Pet - pet walaupun mereka sudah ada superpower ni? Hmm~



2) Telekinesis

Memanipulasi dan mengawal sebarang objek dengan hanya menggunakan minda!
Contoh: Jean Grey dan Sylar


Superpower ni sangat cool! Korang boleh control macam2 tau. Ni semua sebab terpengaruh dengan kuasa Jedi Anakin Skywalker dalam filem Star Wars, Magneto X Men, citer Push, Matrix dan lain2. Kadang2 aku surf internet, cari info pasal telekinesis. Siap sampai tengok kat Youtube sebab gila nak belajar Telekinetic!

Psst: Aku pernah berlatih dalam tandas, cuba2 gerakkan air dengan imaginasi. Lama. Tapi takder apapun berlaku. Bila aku teringat balik pasal ni, mulalah aku nak sebut suatu perkataan yang sangat famous = "Bodoh gilaa! Hahaha!"~


1) Time Manipulation

Berkebolehan mengawal masa: Mem + perlahankan/ cepatkan/ berhentikan dan mengembara ke masa silam atau masa hadapan!
Contoh: Hiro Nakamura, Zoom dan Butterfly Effect


Aku pernah tengok citer Heroes, ada seorang mamat blur bernama Hiro. Lihat saja muka dia, aku rasa nak tumbuk perutnya yang buncit. Kalau korang pukul dia, mesti dia menangis cam perempuan. Tapi jangan main2, dia ada superpower yang hebat nak mampus! Dia boleh kembara ke masa silam tau! Wargghh~

Susah nak jelaskan. Tapi aku rasa nilah superpower yang paling hebat! Boleh kembara ke masa depan untuk lihat apa2 yang tak best dan kembara ke masa silam kalau nak ubah2 mana peristiwa yang tak diigini. 


Famous Last Words
"Pernah mencuba sesuatu dan gagal akhirnya? Pengajarannya jangan mencuba, buatlah bersungguh - sungguh"