bismillah

Lebih kurang pukul 12pm, aku dah keluar rumah. Menunggu bas mini di tempat biasa. Lama gila, +- sejam aku duk termenung. Bayangkan lah, menunggu bas pada waktu tengahari. Bila dah pukul 1+ pm, awan tiba2 jadi mendung. Siap dengan tiupan angin yg agak kencang. Hujan pulak nak turun.

Beberapa minit kemudian, bas mini sampai jugak akhirnya. Alhamdullillah. Kalau tak, habislah basah kuyup. Diringkaskan cerita, aku selamat tiba di Perhentian Bas Batang Berjuntai. Tapi basnya takder. Kena tunggu lagi.

-----------------------------------------------

Masa ni, kat stesen bas dipenuhi dengan budak2 yg baru balik dari sekolah. Tapi mungkin sebab hujan, suasana tak sekecoh/ sebising yg aku sangkakan. Sedang aku tengah syok2 layan berangan, tiba2 datang 2 budak perempuan sekolah duduk berhampiran dengan aku. Pastu, mereka berbisik sesama sendiri.

Pastu, datang 2 lagi yang lain join mereka. Gossip2 dan pandang2 aku. Lamunan aku pun mcm terhenti sekejap. Curi2 dengar perbualan diaorang ni. Antara perbualan mereka yang aku dengar (lebih kurang):

"Ok gak brother ni"
"Hey, ko pergilah mintak nombor dia"
"Ada berani?"
"Seganlah, ramai orang ni"
"Hey, jomlah"

(-_-)"
Budak2 perempuan zaman sekarang ni dah pandai nak mengatal pulak. Duhh ~

Aku terus blah gi tandas jap. Diaorang semua pandang aku. Aku terdengar lagi:

"Hah tengok, dia dah pergi"
"Tulah kau ni ..."
"Lambatlah ..."

Masa kat tandas, aku basuh rambut jap. Takut demam. Otak aku tengah berfikir pasal masalah kat Unisel, walaupun ada sekumpulan perempuan minat kat aku.

Tak kisah pun. Serius. Aku memang nak cepat ke Unisel, nak cepat settlekan yuran/ hutang Unisel. Jadi, aku wat keputusan nak naik teksi memandangkan nak tunggu bas mengambil masa yang lama.

Nak ke teksi, kena lintas depan budak2 perempuan ni. Kali ni, diaorang sapa aku:

"Hi bang"

*Ni je yang aku terdengar. Yang lain tak beberapa clear.

Aku tak layan. Nak cepat ke Unisel punya pasal, aku terus blah je. Naik teksi: Terbang RM 10. Mahal tau. Tambang bas pun baru kena RM 1.30.

-----------------------------------------------


Aku dah settlekan yuran Unisel. Alhamdulillah. Tapi, nak dapatkan Foundation cert/ Transkrip, kena lengkapkan borang (borang tamat pengajian, klau x silap namanya). Aku kena dapatkan cop & tandatangan:

  1. Unit Kewangan
  2. Unit Perpustakaan
  3. Unit Akademik/ Exam
  4. Jabatan Hal Ehwal Pelajar
  5. Dekan/ Timbalan Dekan
  6. Unit Rekod
  7. Bahagian Keselamatan/ Sekuriti
Leceh betullah! Slow gila Unisel punya management! Apa ni, ini ke taraf Universiti? Macam2 terpaksa aku tempuhi. Dugaan2 ~

Lokasi senarai pejabat di atas tak sama dan jauh. Pastu hujan turun dengan lebatnya. Nak gi mana2 terhenti jap. Jam pulak nak dekat pukul 5pm (waktu habis kerja).

Pastu, Dekan/ Timbalan Dekan memang senang nak hilang kat pejabat. Kafe kat fakulti pun dah tutup. Lapar dan bosan. Huuhh ...

(=_=)"

Tunggu. Tunggu dan menunggu sehingga hujan berhenti. Tapi, bas masih tak muncul2. Lama. Bas masih tak kelihatan. Hampir pukul 7pm, baru bas sampai ke Unisel. Alasan sebab bas lambat:

Konduktor bas: Selagi penumpang bas tak ramai, kami tak gi mana2 ...


Yang lecehnya, bas tak terus ke KTM Sungai Buloh. Tapi berhenti jap di Stesen Bas Batang Berjuntai. Kumpul2 penumpang yg kebanyakkannya terdiri dari budak2 sekolah sesi petang. Pastu, ada pulak budak2 lelaki bergaduh kat dalam bas ni. Dah laa tengah senja.

Budak melayu dan india. Bergaduh pasal apa ntah, aku pun tak tau. Tapi bila keadaan dah agak2 kritikal, aku dengan beraninya leraikan diaorang. Betul tau. Aku gi berdiri depan budak melayu dan budak india yg sedang marah dan pujuk budak melayu:

"Kita islam. Tak baik gaduh, senja2 macam ni ..."

Lepas dia duduk, aku bagi DENTYNE GUM. Masa ni, ramai orang pandang aku. Tak pasti apa yang diorang fikir. Aku buat2 cool. Sebelum budak melayu tue balik, dia salam aku. Tapi kan, bila aku teringat pasal bagi Dentyne Gum, macam kelakar pun ada gak. Haha2~

Sampai KTM Sungai Buloh, aku rasa bas mini dah takder. Jadi aku pun balik jalan kaki. Bayangkan dari KTM sampai ke Seksyen 6, Kota Damansara. Gila jauh. Apapun, aku tak habislan perjalanan dengan kaki.


Separuh perjalanan, ada mat motor sedang memerhatikan aku dari jauh di depan. Bila aku dah nak dekat dengan dia, enjin motor dihidupkan pastu blah. Kemudian, tak berapa jauh, rupa - rupanya dia tengah tunggu member.

Tapi, pelik. Dia asyik pandang aku walaupun member dah sampai. Pastu boleh pulak gossip2 jap. Gay ke? Takut whow~

Dia: Kau nak gi mana?

Aku: Seksyen 6.

Member dia: Huuissh! Jauh tue!

Dia: Seksyen 6 ya? Aku lalu situ. Nak tumpang x? Kesian kau ni ...

Aku: Oh,tak menyusahkan ke? (Owh, bagus betul!)

Dia: Takper, jomlah.

Member dia: Ha'ah, jauh kau nak balik jalan kaki ...

Tanpa banyak cakap dan topi keledar, aku terus naik. Dia pun jerit:

"Woooww, poliss!!!!"

*Aku rasa macam diperli ...

Aku tumpang sampai kat McDonald je. Lepas mengucapkan terima kasih dan borak2 jap dengan dia, aku pun balik dan terus kat blog ni ...

P/s: Gambar2 tue aku copy dari facebook Unisel dan Google. Berfungsi sebagai hiasan je~

Famous Last Words
"Nothing in life is free. The biggest debt you owe yourself, others, and the world, is to pay attention"