Alhamdulillah

Setelah berabad lamanya berusaha, akhirnya bergema suatu rentak keyakinan dalam diriku. Sesuatu yang menyeru aku untuk menggunakan kurniaan rezeki dari Allah Maha Besar ke arah kebaikan. Aku bersyukur, aku pasti, aku akan bebas jua dari Unisel. Muahahaha!!!

Pagi nirmala. Aku tumpang keluargaku yang nak menghantar pulang adikku, Yana ke Kem PLKN. Kami gi Bank Islam dulu untuk selesaikan hutang2 Unisel.

Dah dapat slip, aku terus dihantar ke hentian bas. Maka bermulalah perjalanan solo mengembara ke Unisel, untuk mendapatkan Foundation cert.

Aku menjejakkan kaki ke tanah Unisel, +- 12.30 tghari kowt. Boleh dikatakan tepat2 pada waktu warga2 Unisel lunch.

Aduh, leceh betul nak kena tunggu2 ni. Jadi, aku pun turut menyertai sesi lunch sebab dah kebulur jugak.

Agak2 dah nak pukul 2pm, aku pun memulakan langkah dengan bahagianya ke Canselori Unisel.

Sebelum tu, aku singgah ke bilik Mdm Rita Wong, bekas pensyarah subjek proficiency english II masa belajar kat Unisel dulu. Nak ambil slip keputusan MUET. Tapi wrong timing kowt, dia tengah bad mood. Esok katanya dengan nada yang agak marah.

Hati terasa riang bagai kanak2 ribena. Pejabat Kewangan agak sunyi. Hanya ada 2 - 3 pelajar termasuk aku. Bila dah dipanggil ke kaunter, bermulalah sesi dialog:


*Skrip sebenar agak panjang dan membosankan. Maka, skrip tersebut telah diedit tau.

Aku: Ehm, akak, saya sebenarnya dah habis belajar foundation. Saya pun dah settlekan yuran yang tertunggak. Ada apa2 yang perlu saya tunjukkan ke Unit Akademik untuk dapatkan Foundation cert?

Staff Unisel: Oh, tunggu jap. Saya printkan statement akaun kamu jap. (Sambil menaip2 di keyboard)

---------------------------------------

Staff Unisel: Eh, kamu ada tunggakan lagi ni. Kamu ada tinggal kat hostel tak?

Aku: Ya, setiap semester saya duk kat hostel. Tunggakan apa ya? Saya dah settlekan semua yuran pagi ni (Monolog: Apsal pulak ni?)

Aku pun keluarkan resit bayaran dan bagi akak tersebut. Kemudian sambung lagi penerangan ...

Aku: Ni resit bayaran. Kesemuanya berjumlah RM XXXX.XX. Saya tengok dalam portal pelajar. Saya dah settlekan pagi ni. Semuanya.

Staff Unisel: Oh, sebenarnya portal pelajar tak update lagi. So, outstanding kamu berjumlah RM XXX.XX lagi. Ni untuk yuran hostel.

Aku: @$^*)!#%& (Monolog)

Aku mintak kertas akaun dan check. Memang betul yuran hostel tak dibayar lagi. Tapi, kenapa yuran ni takder dalam jumlah yang perlu dibayar kat sistem pelajar. Dan alasannya, sebab staff Unisel tak update.

ARRRGGHHH!!!!!

---------------------------------------


Aku balik dari Canselori dengan perasaan yang kecewa dan sedih. Aduhai nasibku. Asyik ditimpa masalah. Masa ni pukul 2pm ++. Sinar matahari sangat brutal. Kat Unisel pulak takder pokok2 besar yang boleh dijadikan teduhan. Aku umpama seorang musafir sedang merentasi Gurun Sahara. Hanya Allah lebih Mengetahui perasaan aku masa ni.

Masa berlalu. Aku duduk dalam bas. Terangguk - angguk macam orang Jepun. Mengantuk gila sebab semalam tak cukup tidur. Bibir rasa kering, tekak pulak rasa pedih.

Status aku:
  1. Mengantuk
  2. Letih
  3. Haus
  4. Kecewa
  5. Sedih
  6. Marah
  7. Mahu sepak dinding !!!

Apa aku nak cakap kat abah dengan mama ya?

Pergi dengan harapan, pulang dengan kekecewaan.

(Y_Y)"


Famous Last Words
"Masa akan menentukan jua lalu keadaan mungkin berbeza dengan sekarang"