Assalamualaikum WBH!

Masa sesi "Blogwalking", aku terjumpa suatu Website ala2 "Muzikal". Sangat menarik! Sebenarnya Website ni dah lama, tapi baru sekarang aku nak tulis. Mulanya aku ingat Website ni berkisar tentang pengiklanan grafik dan multimedia. Sekali dah klik "Play", best giler!

Website ni membolehkan korang gerak cursor ke sana sini sambil diiringi muzik harmoni dan animasi yang kreatif. Aku main waktu malam2 (+- 3 pagi!). Memang layan habis! Takder gangguan dari bunyi Popup Facebook dan YM.


Kalau nak cuba, pastikan korang dah ada Flash dan Laptop/ PC ada sound. Nak lagi best, pakai Headphone. Kalau boleh, tutup jap apa2 program yang "heavy". Nanti taklah komputer "hang" secara tiba2. Lainlah kalau komputer korang jenis yang mahal. Rileks je main kelak.

Sekiranya korang menggunakan wifi/ broadband yang jenis murahan atau line slow, harapnya bersabar sikit bila tunggu Website ni "loading".


Ni page pertama yang korang jumpa kelak. Di bawahnya ada nombor "loading". Lepas dah habis "loading", nanti ada keluar ikon "Play". Klik dan enjoy!

Famous Last Words
"Art is never finished, only abandoned"