"Segala puji bagi Allah"

Saya suka merancang sesuatu sebelum melakukan suatu perkara, lebih - lebih lagi kalau ia melibatkan tentang kehidupan dan masa depan saya. Dulu, masa nak pilih universiti untuk sambung belajar, ayah saya ada nasihatkan saya untuk belajar di UNITEN (Universiti Tenaga Nasional).

Tapi saya tak nak sebab kakak dan sepupu saya (sebaya dengan saya) belajar di sana. Nanti tak rasa macam ada kelainan kalau saya pun belajar di sana. Saya lebih suka kalau adik - beradik saya berada di berlainan universiti dan bidang pengajian. Entahlah, mungkin saya anggap ia tak bercirikan "unik" dan saya sukakan "unik".

Lagipun, saya mungkin akan ditawarkan kursus "Foundation in IT", di mana saya mungkin hanya berpeluang untuk memilih "major" samada "Information System" atau "Multimedia" pada peringkat ijazah nanti. Memang "solid" bidang IT.

Saya tak beberapa minat bidang IT. Oleh itu, saya memilih untuk belajar di UNiSEL (Universiti Industri Selangor). Sebab pelajar Asasi IT di UNiSEL boleh menyambung pengajian dalam bidang IT, Sains Komputer dan Kejuruteraan (Komputer, Perisian, Rangkaian dan lain - lain). Kiranya tak terhad untuk bidang IT jelah.

Yang tak "bestnyer", pelajar "Foundation" di UNiSEL tiada bantuan pinjaman kewangan seperti PTPN, MARA, Yayasan Selangor dan macam - macam lagi. Dalam surat tawaran (Buku panduan UNiSEL) ada tulis SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor) menyediakan pinjaman kewangan untuk pelajar peringkat "Foundation".

Tapi, bila pergi ke pejabat, tetiba tak boleh pulak. Mungkin sebab tempoh "Foundation" hanya setahun, maka pihak UNiSEL malas nak berurus niaga tentang ni. Jadi, semua yuran kena tanggung sendiri.

Apapun, beberapa minggu yang lepas, saya ada "surf" portal pelajar UNiSEL.



Pengumuman:
PELAJAR-PELAJAR UNISEL,

PELAJAR-PELAJAR TIDAK DITERIMA UNTUK MENDAFTAR DIRI PADA SESI AKADEMIK 3/2008/2009 (MEI 2009) SEKIRANYA TUNGGAKAN YURAN MELEBIHI RM2500.00

BAYARAN SECARA TUNAI PADA HARI PENDAFTARAN TIDAK DITERIMA

HARAP MAKLUM.

Macam nak terbang gigi saya lepas membacanya. Jantung saya pulak berdegup macam jantung orang yang tengah tengok monyet memandu kereta Formula 1, lepas dah lihat jumlah hutang saya kat UNiSEL. Patutnya bulan Julai ni dah boleh habis belajar. Tapi apakan daya, nampaknya saya mungkin habis belajar pada awal bulan Disember. Kena tangguh pengajian ke semester seterusnya.


Famous Last Words
"Kalau saya marah atau sedih, suatu lukisan yang sangat agak brutal berjaya dihasilkan di kertas conteng"