"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Sewaktu kecil, saya selalu tertanya - tanya: Bagaimanakah pelangi boleh terjadi? Mengapa bulan selalu mengikuti saya? Kenapa kapal gergasi boleh terapung di lautan sedangkan syiling tenggelam? Apakah wujud kehidupan di luar alam semesta?

"Imagination is more important than knowledge" - Albert Enstein

Tanpa disedari, saya telah didedahkan dengan sains ketika menjalani kehidupan seharian. Saya selalu berimaginasi tentang sesuatu yang melibatkan sains. Mungkin sekali disebabkan pengaruh filem Star Wars/ sci-fi, atau mungkin juga melalui pembacaan buku ilmiah. Tetapi saya berpendapat, sifat ingin tahu yang menjadi punca saya suka membuat pemerhatian dan banyak berfikir. Lebih - lebih lagi jika ia melibatkan fenomena sains dan teknologi. Mungkin semuanya bermula dengan sebuah senyuman yang confident.

"All our knowledge has its origins in our perceptions" - Leonardo DaVinci

Apa cita - cita anda? Cuba tanyakan kepada generasi muda masa kini. Ada individu yang ingin menjadi seorang doktor supaya dihormati dan dipandang mulia oleh yang lain. Ada yang ingin menjadi seorang jurutera kerana mengejar harta dunia. Tidak kurang juga yang ingin populariti dengan menjadi seorang selebriti. Walau apa pun cita - cita seseorang itu, saya pasti kita semua mempunyai objektif atau matlamat hidup yang ingin dicapai. Sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.

  • Bila Allah cepat makbulkan doa kita, maka Dia Menyayangi kita.
  • Bila Allah lambat makbulkan doa kita, maka Dia ingin Menguji kita.
  • Bila Allah tidak memakbulkan doa kita, sebenarnya Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun. Kerana Kasih Sayang Allah itu mendahului Murkanya.
"Kalau boleh, saya ingin mencipta satu mesin atau bahan yang membawa kemusnahan amat dahsyat sehingga menjadikan peperangan amat ditakuti dan tidak akan berlaku lagi buat selama - lamanya" - Alfred Nobel

Saya pun, mempunyai suatu impian: Mencipta atau membina sesuatu yang dapat membawa kebaikan kepada seluruh hidupan. Sesuatu yang boleh dimanfaatkan kegunaanya. Sesuatu yang boleh dijadikan ilmu pengetahuan, agar ganjaran pahala sentiasa "mengalir" biarpun sudah tiada di dunia. Insya Allah.

3 Amalan yang tidak akan putus sesudah meninggal dunia:

1. Doa anak yang soleh untuk ibu dan bapanya.
2. Sedekah/ Amal Jariah yang memudahkan orang ramai
3. Ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

Jadi, bila ada orang bertanya "Apa cita - cita anda?". Insya Allah, saya akan menjawabnya:

"Saya bercita - cita untuk menjadi seorang saintis/ jurutera !!!"

Yeah !! Ambik ni sebijik !! Wajah anda yang sedang tersenyum sendirian ...


Famous Last Words
"There are three classes of people: those who see, those who see when they are shown, those who do not see"