Segala Puji Bagi Allah SWT

Malam ini ku bertemankan sepi. Sunyi. Kosong. Sekosong hati ini. Entah bagaimana, pandanganku diheret ke masa silam. Terbayang diriku sedang duduk mengelamun keseorangan diri di dalam kelas. Suasananya riuh rendah. Aku di zaman sekolah?


Masih ku ingat. Kolam ikan yang disalah anggap sebagai tempat memohon suatu hajat, sejurus syiling 10 sen dilontarkan ke kolam tersebut. Malangnya, kegiatan songsang ini menjadi ikutan ramai.

Tandas lelaki pula macam jahanam. Bersepah "bangkai dugong" di sana sini. Sekali tersilap langkah, menangis cakar dinding dibuatnya. Baju seragam sekolah dan kasut yang berwarna putih. Siap bertali leher lagak si eksekutif, bikin gadis tidak tenang.

Aku memerhatikan keadaan kelasku. Kedudukan meja disusun rapi berpandukan formula algorithma. Sesekali terdengar hilaian tawa rakan sekelas. Ada yang sibuk bercerita, ada yang khusyuk membaca. Ada juga yang sedang asyik menulis. Masing - masing dengan hal sendiri.

Bunyi ketukan pintu memegunkan semua aktiviti penghuni kelas 4 Amanah. Spontan suatu mesej berbunyi ...

"Sekarang ni sesi fotografi kelas kita. Semua turun ke tingkat bawah."

Di saat itu, aku tahu peristiwa ini, pastinya akan meninggalkan sedikit sebanyak kenangan dalam sejarah hidupku. Dan ternyata, anggapan ku benar. Suatu nostalgik mula melayang - layang sebaik deria melihat memproses imej di bawah.

4 Amanah 2006

Dari kiri, baris hadapan:

1) Muhammad Izzat
Status: Network Systems Engineering (Hons), Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

Inilah aku. Tiada apa yang menarik pun. Cuma seorang insan yang biasa. Tapi Allah dah jadikan setiap manusia itu mempunyai kelebihan masing2. Masih sedang mencari kehebatan diri.

Harapnya pada suatu hari nanti, dapat menjadi seorang yang luar biasa hebatnya. InsyAllah, semoga dimakbulkan Allah SWT.

***************************************************
2) Hanif Aziz
Status: Mechanical Engineering (Hons), Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Bagiku, Hanif seorang yang cool. Tidak begitu kasar seperti beruk, tidak pula terlalu lembut bak Nyah. Jikalau dulu rambutnya pacak2 bagai durian, kini dia tampil dengan imej terbaru yang lebih bergaya. Hebat!

***************************************************
3) Dilkumar
Status: Biomedical Science (Hons), Management & Science University (MSU)

Seorang yang pendiam dan berdisiplin tinggi. Hanya bercakap apabila perlu. Dahulu, kami mempunyai minat yang sama: Astronomi. Pernah juga memasang angan untuk menjadi seorang angkasawan. Mungkinkah tercapai? Allah lebih Mengetahui.

***************************************************
4) Fakhri Ibrahim
Status: Civil Engineering (Hons), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Dialah penghibur kelas Amanah. Selalu juga ku dan rakan2 yang lain ketawa, melihat aksinya yang cuba2 untuk meniru Mr Bean. Aku pernah melakonkan watak gay dan cuba menggodanya di perpustakaan, langsung dia takut2 untuk mendekati aku lagi.

***************************************************
5) Amalina Hisham
Status: Electrical Engineering (Hons), Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)

Dilabelkan sebagai "kanak2 ribena" kerana perwatakan dan rupanya yang agak babyface. Namun, dia sebenarnya seorang yang ceria dan kelakar. Mungkinkah dia seorang yang mudah berkawan? Kerna ke mana saja dia pergi, pasti ada teman di sisinya.

***************************************************
6) Mdm Vasuki
Status: Guru kelas 4 Amanah.

Mengajar subjek English. Sangat garang. Ada saja yang jadi mangsa. Ramai rakanku tidak menyukainya. Ada segelintir yang sanggup memonteng kelas. Cuba2 untuk melarikan diri. Namun, aku dikecualikan. Malah, sering mendapat pujian dari beliau. Apakah aku begitu hebat?

***************************************************
7) Syahadah Asikin
Status: Process & Food Engineering (Hons), Universiti Putra Malaysia (UPM)

Dia digelar "kuda". Entah siapa yang memulakan gelaran itu, aku tidak pasti asal usulnya. Walaupun tampak seperti garang, dia sebenarnya seorang yang tegas pendirian dan berwawasan. Dia pernah memberikan kata2 semangat kepadaku pabila markah subjek Matematik Tambahan menjadi igauan ngeri dalam hidupku.

***************************************************
8) Thurgadevi
Status: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Seorang yang simple dan pendiam. Sering dilihat membuat ulangkaji atau hal sendiri. Pernah suatu ketika, aku sedang mengelamun. Malangnya, pada ketika itu mataku dihalakan ke lantai. Kakinya pula berdekatan dengan sudut pandanganku. Lantas, aku ditegur dia dan Devisrie. Lamunanku terhenti dan aku kemudiannya sedar bahwa mereka sudah pun bergossip. NO0o !!!

***************************************************
9) Devisrie
Status: Tidak diketahui.

Suaranya lantang, boleh didengari seluruh penghuni kelas Amanah. Apatah lagi bila gema ketawa dan perbualannya dalam bahasa Tamil yang begitu fasih. Tidak hairanlah bila dia dikatakan seorang yang periang. Dia juga sering dilihat sedang enjoy bercerita.

***************************************************
10) Angel Rajagindiram
Status: Tidak diketahui.

Aku pernah berbual dengannya. Aneh sekali. Aku bercakap menggunakan bahasa Melayu dan dia pula menggunakan English. Aku cuba menguji tahap nilai moralnya dengan berpura - pura sebagai manusia yang tidak pernah kenal English, lalu meminta bantuan Devisrie sebagai penterjemah bahasa. Tapi Angel tidak memperlekehkan aku, sebaliknya cuba membantu. Mungkinkah murni niatnya?

***************************************************
11) Yun Wei Ching
Status: Tidak diketahui.

Satu - satunya warga Cina di kelas 4 Amanah. Sopan dan rajin belajar. Aku pernah menghubunginya dan cuba mengajaknya keluar (date), sekadar untuk menguji popularitiku dan bukannya secara serius. Dia menolaknya, langsung jarang berbual dengan ku lagi. Pada masa itu, baru ku terfikir: What I have done??!!

Dari kiri, baris tengah:

12) Baika Muhd
Status: Dip in Animal Health & Production, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Mungkin seorang yang pendiam. Tapi sebaliknya jika berada dengan teman2 yang rapat. Entah bulan yang ke berapa, dia ditukarkan ke kelas lain. Tidak banyak maklumat yang diketahui mengenai dia. Mungkin kalian boleh ceritakan?

***************************************************
13) Aqilah Roslan
Status: Dip in Programming, Politeknik Balik Pulau.

Boleh dikatakan seorang yang ceria. Entah mengapa, kadang kala aku terasa Aqilah seperti mempunyai sifat keibuan: Penyayang dan prihatin, mungkin. Namun, ini hanyalah spekulasi ku. Bukanlah suatu perkara yang benar. Tapi, spekulasi tersebut memang sukar untuk dinafikan.

***************************************************
14) Azira Azreen
Status: Law "L.L.B" (Hons), Multimedia University (MMU)

Azira seorang yang lemah lembut dan juga agak pendiam. Kadang kala dilihat sering mengasingkan diri yang dikaitkan dengan emosional. Namun, dia mempunyai kelebihan dan tarikan yang tersendiri. Hanya rapat dengan orang2 yang tertentu.

***************************************************
15) Shahidah Md Saleh
Status: Civil Engineering (Hons), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Lebih dikenali dengan panggilan Shida, merupakan seorang yang bersemangat waja dan tegas dalam membuat keputusan. Dia salah seorang yang aktif dalam unit berunitform mahupun kelab dan persatuan. Ku kaitkan dia dengan unsur2 berani menghadapi cabaran.

***************************************************
16) Azzaliena Suziantie
Status: Biomedical Science (Hons), Management & Science University (MSU)

Ku merasakan Azza, seorang yang sukakan kebebasan dan tidak suka dikongkong. Sering kelihatan bersama Elisa. Lesbian kah? Tidak. Mungkin mempunyai semangat setia kawan yang tinggi dan suka berada bersama dengan teman yang rapat dengannya.

***************************************************
17) Elisa Aiza
Status: Dip in Financial Accounting, Kolej Poly Tech Mara Kuala Lumpur.

Elisa dan Azza, sedikit sebanyak mempunyai persamaan. Mungkin sebab inilah mereka kelihatan serasi bersama. Pernah ku membuat teori persamaan logik: Di mana ada Azza, di situ ada Elisa dan di mana ada Elisa, di situ ada Azza juga. Tapi teori ini hanya diguna pakai semasa zaman sekolah.

***************************************************
18) Khadijah
Status: Dip in Accounting, Kolej Poly Tech Mara Kuching.

Lebih dikenali dengan panggilan Kathy atau Chombee. Aktif dalam aktiviti bersosial dan mungkin seorang yang spontan dan berterus terang. Apa yang terlintas dalam fikirannya, serta merta akan diluahkan. Masih ku ingat, dia kelihatan sungguh bersemangat pabila menyertai Choral Speaking.

***************************************************
19) Farah Azreen
Status: Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)

Pada mulanya tampak seperti berlagak, tapi dia sebenarnya baik2 saja. Pun suka buat jenaka juga. Namun, aku tidak beberapa mengenali dia. Maka, tidak dapat aku huraikan sebarang maklumat dengan lebih terperinci.

Dari kiri, baris terakhir:

20) Amirul Hasif
Status: Financial Engineering (Hons), Multimedia University (MMU)

Aku mengenali dia sejak berusia 9 tahun. Ku labelkan Amirul dari golongan yang agak kaya walaupun dia selalu cuba untuk berjimat cermat. Seorang yang kelakar dan mudah gementar. Benar, pernah melihat dia mengigil ketika sedang membuat presentation. Namun, kepintarannya dalam subjek Matematik memang mengkagumkan.

***************************************************
21) Elfiruddin
Status: Dip in Physiotherapy, KPJ College.

Berbadan besar, mukanya pula garang. Walaupun begitu, Elfi sebenarnya seorang yang suka membuat jenaka. Di dalam kelas, berfungsi sebagai radio. Cuba untuk menghiburkan rakan sekelas. Masih ku ingat lagi, kata2 yang menjadi trademark Elfi: "Apa.. aku.. kisah.. ?".

***************************************************
22) Zain Azreen
Status: Dip in Electrical & Electronic Engineering, Management & Science University (MSU)

Zain tiada hubungan kekeluargaan dengan Azira dan Farah meskipun mempunyai nama yang serupa. Oleh kerna mempunyai minat yang sama: Kejuruteraan. Kami selalu bertukar pandangan dan berbincang mengenainya. Dia boleh dikatakan seorang yang bervisi tinggi dan berdaya saing. Sentiasa cuba untuk berusaha melakukan yang terbaik dalam hidupnya.

***************************************************
23) Rafiq
Status: Dip in Computer Networking, KPM Indera Mahkota.

Dialah paling tinggi di kalangan penghuni kelas Amanah. Kelakar juga. Digelar "sotong" oleh manusia2 yang tidak berperikemanusiaan, nyata tidak mematahkan semangatnya. Sebaliknya, dia seorang yang tabah dan mudah untuk menyesuaikan diri dalam arus rintangan yang dihadapinya.

***************************************************
24) Nazerul Affendi
Status: Mechanical Engineering (Hons), Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)

Tidaklah begitu rapat pada mulanya. Namun, masing2 tinggal berdekatan. Maka, kami pun jadi member. Dia seorang yang mudah didekati dan suka membuat lawak. Terkenal dengan panggilan "J Lo" - setelah mendendangkan lagu Jennifer Lopez dengan gigihnya. Kini, entah ke mana dia menghilang tanpa khabar.

***************************************************
25) Srinath
Status: Tidak diketahui.

Dia lebih suka membuat hal sendiri. Pastinya seorang yang bercita - cita tinggi. Tidak sukakan hal yang remeh - temeh. Pernah ku bertemu dengannya berdekatan The Curve. Katanya, dia sedang bekerja dan memperoleh pendapatan sebanyak +- RM 3000.00! Ku tertanya - tanya. Tanpa sebarang ijazah dan pengalaman formal. Apakah benar?

***************************************************
26) Syukri
Status: Dip in Culinary Arts, Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMUC)

Pada mulanya disangkakan seperti nerd. Rambut lurus dan berkaca mata tebal. Tapi sangkaan ku silap, dia sebenarnya bergaya. Punya aura tarikan tersendiri. Boleh dijadikan teman hiburan, dia tidak begitu membosankan. Sentiasa mencuba untuk membuat orang sekelilingnya terhibur.

----------------------------------------------------------------------------------
Pada tahun 2007 - Shida, Amalina, Angel, Yun Wei Ching dan Hanif ditukarkan ke kelas Aktif. Rafiq pula menyertai Maktab Tentera. 5 Amanah menerima warga baru: Amar, Ismeth, Mamat* (Lupa namanya), Fatin, Hazirah dan Fariha. Entah bulan ke berapa, Amar dan Mamat berpindah ke sekolah lain.
----------------------------------------------------------------------------------
27) Amar
Status: Dip in Computer Science, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Lebih suka menghabiskan masa membuat hal sendiri. Seorang yang agak baik. Mempunyai minat yang mendalam tentang muzik dari barat. Pernah ku dengar suatu khabar angin, dia pernah terlibat dalam kegiatan melarikan VCD/DVD muzik tanpa membayar di 1Utama. Namun, usahanya gagal. Sejak itu, terus kelibatnya jarang kelihatan di shopping mall tersebut.

***************************************************
28) Mamat* (Lupa namanya, maaf)
Status: Tidak diketahui.

Memandangkan dia hanya berada di kelas Amanah untuk tempoh yang singkat. Tidak banyak maklumat yang dapat diceritakan. Namun, dia diakui seorang yang sempoi. Memang best jikalau lepak dan berbual bersama dengannya.

***************************************************
29) Ismeth Zain
Status: Dip in Computer Science, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Dahulunya, seorang kanak2 yang riang. Kini, seorang pemuda yang bergaya. Entah bagaimana, dia lebih tinggi dari ku walaupun dia sebenarnya lebih muda. Sesuai baginya pabila menyertai sukan basketball. Dilihat mengamalkan elemen relax dan sukakan cabaran.

***************************************************
30) Fatin Izzati
Status: Tidak diketahui.

Dia juga salah seorang yang aktif dalam aktiviti Kokurikulum, sinonim dengan Unit Kadet Polis. Ada segelintir rakanku mengatakan yang dia agak sombong. Mungkin itu pada luaran saja. Hakikatnya, ku pasti dia bukan begitu. Macam yang selalu ku katakan: dia hanya rapat dengan orang yang dikenalinya saja.

***************************************************
31) Hazirah Zaharin
Status: Business & Management (Hons), SEGI University College (SEGI)

Bola matanya besar dan bulat. Lebih2 lagi bila dia ketawa. Terkejut ekspresi ku pada mulanya. Tapi itu kenangan sewaktu ku di tingkatan 1. Kini, dia baik2 saja. Tidaklah gedik dan tidak pula brutal. Ada gaya tersendiri dan pastinya tidak mahu orang lain menirunya.

***************************************************
31) Idora Junid
Status: Dip in Advertising Design, SEGI University College (SEGI)
Pada mulanya ku sangkakan Idora seorang yang pendiam. Suka buat hal sendiri. Namun, sangkaan ku meleset. Idora sebenarnya seorang yang agak kelakar juga. Seorang yang simple dan sempoi. Mungkin tidak sukakan perkara yang rumit.

***************************************************
32) Fariha Kamadeen
Status: Chemical Engineering (Hons), Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Dia pernah bertukar sekolah sebanyak 11x. 5 Amanah adalah kelas terakhir. Dahulu, ramai yang kata dia sesuai dengan ku. Entah mengapa? Mungkinkah hanya kerna kami berdua yang pendiam, lalu dikatakan serasi? Kelihatannya, dia hanya rapat dengan orang yang tertentu saja.

----------------------------------------------------------------------------------

Fuhh! Leceh gila nak tulis. Lain kali aku sambung lagi.

Famous Last Words
"Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah"