Salam Sejahtera

Hmm, menarik! Macam mana nak tahu? Kita akan diberitahu melalui email setiap kali kita login kat Facebook. Kiranya kita boleh check rekod login Facebook kat emaillah. Teruskan membaca sampai habis, nanti baru faham.

Katakanlah, ada "Baboon" tahu password Facebook anda. "Baboon" ni senyap2 login Facebook anda dan cuba mensabotaj. Mungkin si "Baboon" juga chat dengan Gf/ Bf anda atau cuba melakukan apa2 jua jenayah siber. Lihat lukisan di bawah untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

p/s: Kalau lukisan ni diwarnakan, mesti nampak menarik kan? =P



***************************************************

Apa yang perlu dilakukan:


1) Login Facebook anda seperti biasa. Klik "Account".

2) Kemudian, klik "Account Settings" pula.

3) Skroll ke bawah sehingga anda lihat "Account Security" dan klik.

Ada soalan bodoh. “Would you like to receive notifications for logins from new devices?”. Klik "Yes".




" Hai semua! Mari dekat, mari dekat" - Aku teringat kata2 Sheila Rusly. Pertama kali aku dengar, kata2 itu membuatkan aku tersenyum tersipu2 sendirian. Mak aku pun pelik melihat aku tersengih - sengih seorang diri dalam bilik. Aku rasa mesti mak fikir " Kasihan. Muda2 lagi dah sewel .. ".

***************************************************

Bagaimana nak tahu ada "Baboon" menceroboh Facebook kita?

1) Anda login seperti biasa. Si "Baboon" pun masih boleh login juga.

2) Tapi, selepas login Email dan Password: Anda dikehendaki menulis nama komputer anda. Tulis je apa2. Contohnya, anda tulis " OMG! Saya comel =)". Jangan risau, ia tak kekal. Boleh ubah juga.

3) Si "Baboon" pun pelik. Lalu si "Baboon" pun hentam sahaja.

4) Sesudah itu, Facebook akan menghantar email kepada korang. Check inbox, nanti korang akan dimaklumkan ada komputer yang bernama " OMG! Saya comel =)" sedang login kat Facebook anda. 

5) Tiba2, anda terima suatu emel dari Facebook yang menyatakan ada sebuah komputer bernama "Beruang pun comel" sedang login kat Facebook anda. Apakah? Hah! Ada orang sedang "hack"!

6) So, anda boleh report kat Facebook/ pihak berkuasa atau menyiasat sendiri =)

***************************************************


Kalau ada apa2 yang tak faham, tinggalkan komen ya!

Famous Last Words
"Handmade presents are scary because they reveal that you have too much free time"