Maha Suci Allah

Kelmarin, mama aku terklik channel TV1. Ada perlawanan FIFA sedang berlansung! Germany vs England. Dasyat whoh! Apa lagi? Satu keluarga melompat duduk depan TV. Bila ada "goal", aku cepat2 update kat Facebook. Kemudian, kawan2 pun komen kat status ...

"Itu siaran ulangan lah. German menang 4 - 1 ...". Aku hanya terkedu. 

Lalu aku berimaginasi sedang melepaskan geram dengan menggeletek Teletubbies sehingga pengsan. Entah bagaimana, aku boleh terlupa pertandingan yang hebat sebegini.

Famous Last Words
"Do or do not, there is no try - Yoda"

Lamunan aku terhenti apabila terdengar sorakan mama dan adik perempuanku. Ayahku relax sahaja. Mari lihat adegan2 sewaktu aku menonton FIFA bersama ahli keluargaku =D

Klik gambar untuk lebih jelas

Mulanya aku menyokong France. Sebaik sahaja aku mendapat berita kekalahan France dan Portugal menang bergaya, lansung aku menyokong Portugal. Hebat tau! Portugal belasah North Korea (7 - 0) =O

Sekarang mari lihat lukisan di bawah pula =P


Dari Abdullah bin Aufa r.a, Rasulullah S.A.W. pada suatu hari menanti musuh sehingga matahari condong. Kemudian baginda berdiri di hadapan orang ramai lalu bersabda:

"Wahai saudara-saudara! Janganlah mengharap - harapkan menemui musuh, mintalah kesejahteraan kepada Allah! Tetapi jika kamu bertemu dengan musuh, sabarlah (berhati teguh)! Ketahuilah, sesungguhnya syurga itu terletak di bawah bayangan pedang". 

Kemudian baginda berkata:

"Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, yang menjalankan awan dan mencerai-beraikan pasukan musuh! Cerai - beraikanlah mereka dan bantulah kami melawan mereka."

Huraiannya boleh dibaca di sini - eHadith Jakim

P/s: Bagaimana pula pengalaman korang menonton FIFA bersama keluarga? Mesti menarik kan? =)