Salam Sejahtera

Katakanlah, anda menghabiskan masa berhari - hari menulis tentang haiwan peliharaan anda: Mr Bucuk, seekor keldai. Rasa gembira saja. Sukanya anda. Kemudian, anda pun "ping" tajuk terbaru di Gengblogger. Siap update status kat Facebook, "OMG! I dah cerita psl Mr Bucuk kat blog I ♥!" untuk menarik lebih ramai pengunjung.


Esoknya, awal2 pagi anda terus ke website Nuffnang. Menyemak kadar perolehan kewangan seperti biasa. Pelik. Income terlalu sedikit, tidak seperti entry sebelumnya. Anda meninjau sebentar di Gengblogger. Terbang gigi! Artikel anda sudah tenggelam. Tetapi yang lebih menakutkan adalah >> penulisan anda telah dicuri/ dicetak rompak tanpa kebenaran empunya diri! 

Malah, blog mereka yang berbuat demikian menerima kunjungan, kadar nuffnang dan pujian yang lebih hebat. Menanggis sepak dinding dowh! Adakah anda cuma boleh berharap agar blog anda tidak "dirogol" lagi?

***************************************************

Di sini, aku nak share dengan korang satu trick yang boleh menghalang pelawat dari mencuri atau "copypaste" isi kandungan blog tanpa kebenaran. But still, trick ni ada kelemahan yang hanya diketahui blogger berpengalaman.

Caranya:
  1. Log in Blogger, skrin anda akan berada di Dashboard.
  2. Klik Design/ Layout.
  3. Di Page Elements, klik Add a Gadget.
  4. Cari dan klik HTML/ Java Script.
  5. Copy dan paste kod di bawah di ruangan yang disediakan. 
  6. Kemudian Save. Selesai!
Bila pelawat cuba "right click", suatu mesej akan muncul. Boleh je tukar mesej ni sesuka hati mengikut citarasa korang. Kalau korang teliti betul2, nak select guna mouse pun tak boleh kan? Jadi tak boleh nak guna CTRL + C/ V untuk "copypaste".


Kalau korang berminat mau kod ni, sila tinggalkan email dan link blog kat ruangan komen. 

Nanti aku sent kod kat email korang. Tak rugi pun. Secara tak langsung, aku akan ziarah blog korang juga. Meningkat lagi traffik blog korang =) 

Famous Last Words
"The noblest pleasure is the joy of understanding"