Assalamualaikum

"Hai semua! Mari dekat. Mari dekat" bak kata2 Sheila Rusly. Kali ni aku senaraikan 5 blogspot widgets yang aku menyampah. Aku tulis ni berdasarkan pengalaman dan kajian. Terpulanglah pada korang nak setuju atau sebaliknya =)

Blogspot widgets ni ada macam2 jenis. Tapi bukan semuanya best, ada juga yang menyusahkan. Kadang2 ada juga Blogger letak widgets tak berguna, pastu melambatkan page loading. Aku pulak guna broadband jenis murahan. Lagilah slow. Leceh dowh nak menunggu. So aku terus close. Layan video Teletubbies lagi best!

Famous Last Words
"Every action has an equal and opposite reaction"

***************************************************

1) Pop Up Welcome Message

Mulanya, aku tengok widget ni macam best. Sebelum blog habis loading sepenuhnya, awal2 lagi sebuah Pop Up akan muncul. 

Terpampang sebuah welcome message yang amat gedik. Selalunya, perempuan atau lelaki "lembut "yang suka letak kod widget ni.

Kononnya berfungsi sebagai ala2 penyambut tetamu gitu. Tapi bila setiap kali ke page baru, asyik keluar je welcome message. Maka, aku pun terasa nak keluar je dari blog "mereka". Leceh tau nak klik OK berkali - kali. I hate you!

***************************************************

2) Live Weather Widget

Widget ni sebenarnya cool tau! Tapi aku rasa widget ni sangat tak sesuai kalau diletakkan di blog yang jenis personal atau blog yang sibuk menceritakan  mereka baru habis sesi "shopping".

Tak perlulah nak tergedik - gedik ikut orang lain letak widget ni kat sidebar. Pastu siap tulis "Kawan2, mari kita lihat cuaca hari ini". Malaysia bukannya ada 4 musim pun. Aku amat yakin, majoriti pengunjung blog personal tak berminat nak ambil tahu pasal cuaca hari ini.

Kalau ada yang nak tahu pasal info cuaca sekalipun, pastinya mereka surf website yang berkaitan dan bukannya blog personal lah. (-_-)"






***************************************************

3) Fish Tank/ Aquarium


Keanakan -anakan sungguh! Apa motif korang letak widget Fish tank/ Aquarium kat blog? Nak suruh visitor bagi makanan kat ikan korang eh? Kasihan. Lifeless people. Pergilah beli ikan betul, sumbat dalam akuarium. 


Kalau tak mampu beli tangki akuarium, campak ikan2 dalam jamban. Pastu, flush jamban. Biar ikan2 rasa segar bugar, fresh seolah - olah berada di kawasan air terjun. Kalau tak percaya, cuba masukkan kepala korang dalam jamban. Kemudian flush!

Nak lebih senang, add Happy Aquarium atau Fishville kat Facebook. Pastu add aku sebagai  jiran pula. Lagi best dari main kat widget di blog. Aku memang boikot blog yang ada widget sebegini. Nampak je ada ikan2 kecil, langsung klik "close"!

***************************************************

4) Autoplay Video/ Audio

Ni pun leceh gak. Lagu yang dipasang entah apa2. Setiap kali ke page baru, lagu tu akan autoplay balik. Tersangkut - sangkut  pula lagunya. Sadis dowh! Aku dah ada music player sendiri, tengah layan lagu Death of Love. Tiba2, ada selingan lagu lain,

Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought you'd always be mine, mine (oh oh)



Tak guna! Aku dah lah tak minat si Justin Bieber ni. Mahu saja aku baling botol susu kat budak Justin tersebut. Cepat - cepat aku klik "close" blog. Malas aku nak kunjungi blog terbabit lagi.








***************************************************

5) Flash Clock/ Calendar


Waduh - waduh! Kenapalah korang nak juga letak widget ni? Sekadar hiasan, mungkin? Tak perlu kuwt. Kat komputer pun dah ada kalendar, siap dengan jam yang boleh diubah lagi.

 Sekadar hiasan

Sebenarnya ada banyak lagi yang aku nak tulis. Lain kali je lah sambung =)