Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan kerana sudi mengunjungi ke blog ini. Saya adalah Muhammad Izzat bin Abdul Razak dengan ini merasmikan kemunculan yang pertama laman blog ini. Alhamdulillah, berjaya juga saya siapkan perenggan pertama setelah berjam lamanya berfikir.

Idea penubuhan blog ini mungkin muncul ketika saya tergamam melihat kertas karya penulisan saya dijadikan kertas luahan ekspressi oleh adik, ibubapa dan rakan saya. Mungkin juga, tatkala sistem komputer riba saya telah "meninggal dunia" apabila diserang wabak virus komputer, karya penulisan saya juga turut "dijangkiti" dan menerima nasib yang sama.
Bold
Famous Last Words
"Mungkin sekali semuanya bermula dengan sebuah senyuman yang konfiden"

Dalam penulisan blog ini, ada beberapa konsep yang saya cuba ingin sampaikan:
  • Penulisan blog saya ini lebih menceritakan pemikiran dan kehidupan seorang pemuda yang bernama Muhammad Izzat yang boleh dijadikan pengajaran dan tauladan. Namun, kesusaian isi dari sekecil perkara disekeliling kita sehinggalah isu - isu di peringkat Global akan diterapkan.
  • Sebagai seorang mahasiswa universiti, saya akan memberikan maklumat dan pendapat tentang status ipt awam dan swasta dari aspek program pengajian, tempoh pembelajaran, pengurusan, yuran pengajian, suasana kehidupan di kampus dan yang sekutu dengannya.
  • Saya masih berada di bidang ICT. Di blog ini, saya ingin berkongsi pelbagai maklumat tentang dunia ICT dengan para pembaca. Maka sekiranya saya berkesempatan, saya akan menulis sebuah maklumat yang berinformasi.
  • Oleh kerana saya boleh dikatakan seorang "kaki movie", maka di blog ini, saya juga akan memberikan maklumat, kritikan dan sinopsis tentang filem - filem baru yang sedang/ belum ditayangkan di pawagam filem.

InsyaAllah, mudah - mudahan blog ini dapat memberikan sesuatu input yang berguna kepada anak bangsa Malaysia dalam usaha untuk meningkatkan sahsiah diri, dan seterusnya bersama - sama memartabatkan Bangsa, Agama dan Negara.

Famous Last Words
"Ada manusia yang menggambarkan kisah kehidupan mereka di dalam sebuah penulisan, ada manusia yang menulis untuk menggambarkan kisah kehidupan mereka"

Sekian.
Muhammad Izzat