Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberikan nikmat dan rahmat kepada hamba-hambanya.

Sejak akhir - akhir ini, bermacam - macam jenis filem yang "meletup" di pawagam. Ada yang "best" dan ada juga yang "hampeh". Beberapa hari yang lepas, saya berseorangan pergi kat pawagam di Damansara Utama. Peerrrggghhh!!!!



Ramainya orang tak terkata, macam sedang melihat kambing yang terlepas dari kandang. Orang ramai sampai membuak terkeluar -luar. Apa yang menariknya kat sini adalah kerana saya dapat "mencuci mata" tanpa bayaran. Tau - tau jelah gaya pemakaian baju perempuan zaman sekarang. Bak kata orang, macam "sarung nangka".

Oklah, berbalik semula ke topik asal. Salah satu filem yang menarik perhatian saya ialah Transformers: Revenge of the Fallen. Filem ni belum keluar di pawagam, mahupun diiklan di televisyen. Hanya negara di Barat saja sudah ditayangkan. Saya dapat tahu pun melalui internet. Best gila cerita ni!!!!


Famous Last Words
"Ia seolah - olah turun dari Syurga dan tanpa kita sedarinya, kita seperti pelancong Inggeris yang teruja tentang bagaimana orang Melayu buang air besar dengan cara cangkung, sedangkan mereka punya cara berlainan"


Sinopsis

Transformers: Revenge of the Fallen merupakan sambungan filem Transformers yang ditayangkan pada tahun 2007. Selepas melalui "hari -hari" yang mengejutkan pada filem Transformers yang pertama, Sam Witwicky (Shia LaBeouf) meneruskan kehidupan hariannya sebagai seorang pelajar di East Coast College dalam bidang Astronomi. Kekasihnya, Mikaela Banes (Megan Fox) pula bekerja sebagai seorang mekanik di kedai membaiki motor.

Kemudian, plot cerita bertambah "suspen" apabila Sam mengetahui sesuatu yang penting tentang asal usul dan sejarah silam Transformers di bumi selepas melihat visi melalui kepingan Allspark. Yang tak "bestnya", si Jahat Decepticons nak maklumat yang penting tersebut dari Sam. Maka, berlakulah pertempuran yang hebat antara Autobots (Robot baik) dengan Decepticons (Si Jahat).

Setakat ni saja saya bagitahu, nanti "spoiler" pula. Apapun, cerita Transformers 2 ni memang filem yang "luar imaginasi" dan "best". Kesan efek filem ni memang hebat. Lebih - lebih lagi masa robot - robot tu sedang melakukan aksi gusti. Dengan efek letupan yang dasyat dan gempak betul semasa robot tu tengah bertukar menjadi kenderaan. Kalau kamu dah selalu tengok filem dengan drama, jadi rasanya kamu dah boleh agak macam mana penghabisannya. Filem ni penuh dengan aksi lasak + komedi + cinta + pengembaraan dan sains fikesyen.


Trivia
  • Micheal Bay selaku Pengarah dan Steven Spielberg selaku Penerbit, sekali lagi akan bergandingan bersama - sama selepas bekerjasama sewaktu produksi filem Transformers. Kalau tak minat filem Transformers yang pertama, saya rasa tak perlulah tengok Transformers 2. Sebab filem ni diarahkan oleh "orang" yang sama.
  • Sam Witwicky (Shia LaBeouf) mendapat 7 jahitan di bahagian mata apabila secara tak sengaja terlanggar "prop". Dia kemudiannya menyambung balik pengambaran selepas 2 jam.
  • Mikaela Banes (Megan Fox) sebenarnya tak reti memandu motorsikal dan krew filem ni terpaksa menolak motorsikal tersebut ketika dia duduk di atas motor tu sewaktu pengambaran, kononnya Megan Fox ni tengah bawa motorsikallah.
  • Megan Fox juga telah mengurangkan berat badannya untuk cerite Jennifer's Body. Namun, terpaksa menaikkan beratnya sebanyak 10 paun untuk 3 minggu yang berikutnya. Dia menerangkan, "Micheal (Si Pengarah) tak suka perempuan yang kurus".
  • Ada banyak karakter robot yang baru. Yang paling besar sekali adalah Devastator, gabungan 7 robot/ kenderaan. Besarnya adalah 3 kali ganda dari Optimus Prime. Dalam filem ni juga, ada sepasang robot kembar yang comel. Megatron akan "dibangkitkan" semula, malah dia menjadi lebih kuat selepas bergabung tenaga dengan serpihan Allspark (Sam cuba menghapuskan Megatron dengan meletakkan Allspark di dalam dada Megatron).
  • Namun, robot yang paling saya minat ialah Starscream, Komander Udara Decepticons yang boleh bertukar menjadi F - 22 Raptor. Berkebolehan untuk terbang, dia boleh bertempur di permukaan darat, laut dan udara dengan cekap dan hebat. Si jahat yang licik dan bergaya, Starscream bukannya mudah nak dikalahkan. Muahahahaha!!!!

Optimus Prime cuba menyerang Devastator