"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Awas, sekiranya imaginasi anda terlampau tinggi, dinasihatkan agar tidak membaca ceritera ini. Penulis tidak akan bertanggung – jawab sekiranya anda mengalami trauma, penyesalan, rasa loya dan lain – lain lagi setelah membaca ceritera ini.


Tragedi berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan pada tahun 2008.

Pada masa tu, saya merupakan pelajar di Universiti Industri Selangor (UNiSEL) - Foundation in Info Tech (Semester 2).

Saya masih lagi teringat pengalaman ketika pertama kali saya berpuasa di alam universiti.




Memang menyeronokkan walaupun kita dihantui dengan hidangan makanan dan minuman yang menyelerakan pada setiap masa. Apa yang saya ingin ceritakan ini bukanlah untuk memalukan atau memburuk –burukkan individu tertentu. Sebaliknya, sebagai sebuah cerita yang boleh dijadikan sebagai pengajaran, pengalaman dan hiburan jugak.


(Jeng, jeng, jeng……) – Sound Effect


Pada suatu petang di bumi Unisel, di mana sinaran cahaya matahari sedang bermaharajalela. Hembusan angin ketika itu, hanyalah seperti mulut rakan anda yang menghembuskan angin kepada anda sambil iringan bau yang “kurang” sedap dihidu. Tiada satu pun pokok yang besar untuk dijadikan tempat teduhan. Yang ada hanyalah sebuah buku tebal, dijadikan perlindungan dari “sunburn”.


Disaat ini, perut mula mengidamkan jus oren yang segar dan mungkin Aiskrim “Banana Split” yang mampu membekukan nafsu lapar. Mengharapkan jua sepotong kek coklat berkilat dan burger double McDonald yang masih lagi panas.


Ssslllluuuurrrpp!!!! Namun, apakan daya, waktu berbuka masih belum tiba. Pelajar – pelajar Unisel umpama “zombie” yang berkeliaran di padang pasir. Masing – masing meracau bersendirian. Berduka lara memikirkan empunya nasib badan.


Detik demi detik berlalu….






Tatkala matahari mengundurkan diri, mereka bersorak keriangan. Terus jadi bersemangat sedangkan tadi muka bermonyok. Waktu berbuka hampir tiba. Saya juga turut bergembira bersama yang rakan yang lain. Masing – masing merenung ke hidangan makanan. Seperti harimau yang menunggu si kambing keluar dari kandangnya.



Direnungnya tajam – tajam ayam percik. Sambil itu juga, terpercik – percik air liurnya. Tangan bergetar dan mengigil memegang cawan minuman. Air Sirap di dalamnya berkocak – kocak. Semangat membara - bara di dalam jiwa bagaikan semangat Faizal Tahir OIAM yang ingin membuka baju ketika “show”. Di saat itu, dahi mula dibanjiri ombak peluh. Mengalir deras ke dagu lalu menitik di atas makanan.


Eh, korang, nanti jap” – Si Sami (Bukan nama sebenar) tiba – tiba bersuara. Kami semua memandangnya dengan muka yang bengis. Mata terbeliak kemerah – merahan memandang Sami.


Korang tengok ni jap. Magic showtime.” – Si Sami meneruskan percakapannya.


Perlahan – lahan dia menunjukkan jari telunjuknya. Sambil itu, hidungnya dikembang –kempiskan. Dengan pantas tanpa ragu – ragu, jari telunjuknya itu dimasukkan ke dalam hidungnya. Lalu dikorek – koreknya sehinggalah sampai satu ketika dia berhenti. Semuanya berlaku dengan pantas. Kami hanya tergamam. Melopong mulut melihatnya. Sambil menunjukkan muka yang puas, dia juga menunjukkan “hasil barangan” yang dikoreknya sebentar tadi. Kemudian dijentiknya ke luar tingkap selepas dibau – bau sekejap.


…………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………..

……....................


Pada senja yang sadis itu, hidangan ayam golek itu terselamat dari ditibai sekumpulan mamat yang kebuluran. Sebaliknya, Sami menjadi mangsa ditibai sehingga tercetusnya “Perang Member”. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan tauladan. Saya cuma boleh berharap agar para pembaca tidak terlalu mengikut emosi, lalu meniru aksi si Sami. Ianya sesuatu tragedi pada masa silam yang amat “dibencikan”.


Famous Last Words

Bersembahyanglah sebelum anda disembahyangkan”